Selama 2 tahun saya mengikuti titipan penulisan Cikgu Emmet, akhirnya kami berjumpa!

494

Siapa sangka, guru ini berjaya juga saya temui di Sri Aman selepas habis perlawanan pertama bola jaring yang diadakan pada tahun lepas.

Setiap hari, selama 2 tahun saya mengikuti setiap artikel dan titipan penulisan beliau.

Tahun lepas, saya mewakili bahagian Kapit untuk acara sukan netball untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) peringkat negeri Sarawak.

Selesai 1st match, kami berehat di ruang legar tapak permainan. Ketika itu, beliau (Cikgu Emmet), lalu di depan saya dengan kamera disangkut di leher.

Saya fikir saya macam kenal dia. Saya pun pergi kejar, agak kelakar juga ketika itu.

Saya pun bertanya “excuse me, Cikgu Emmet kah?”

Beliau pun senyum dan mengangguk.

Saya pun beritahu Cikgu Emmet “saya adalah peminat setia penulisan cikgu, cikgu adalah idola saya”.

Beliau pun bersalaman dengan saya. Kemudian saya bawa beliau jumpa team mate, ambil gambar sama-sama.

Cikgu Emmet adalah seorang pendidikan yang sangat menghormati anak-anak Sarawak.

Beliau Berasal dari Perak, berkhidmat lebih 20 tahun di Sarawak.

Cikgu Emmet juga fasih bertutur bahasa Iban dan Melayu Sarawak, siapa tidak kenal Cikgu Emmet menerusi laman Facebook yang memuatkan penulisan beliau iaitu “Cikgu Emmet Menulis”

Terima kasih kerana menghargai anak-anak Sarawak.

Comments

comments