Categories: Dunia

Tikus Besar Yang Boleh Dimakan Ini Lebih Mahal Dari Harga Daging

Sebut saja tentang tikus sesiapa pun akan merasa jijik dan takut, bahkan ia terkenal sebagai haiwan perosak. 

Namun tikus buluh ini berbeza dengan tikus rumah (Mus Musculus) dan tikus sawah (Rattus Argentiventer) yang selalu kita jumpa. 

“Nampak macam tikus, tetapi bukan tikus” hmmmm……

Tikus buluh China atau nama saintifiknya Rhizomys sinensis adalah spesies tikus yang terdapat di bahagian selatan China, utara Vietnam dan Myanmar. 

Berat tikus buluh dewasa boleh mencecah sehingga 4kg ke 5kg. Bayangkanlah saiznya! Berlipat ganda saiz tikus yang biasa kita jumpa. 

Perlu tangkap bahagian ekor atau bahagian leher untuk elak dari digigit tikus buluh

Tikus buluh China ini mempunyai pelbagai kegunaan. Bulunya digunakan untuk menghasilkan pakaian. Dagingnya yang kurang berlemak dan tahap kolestrol yang rendah dijadikan hidangan istimewa yang popular di barat daya China dan digunakan dalam pelbagai hidangan tradisional. 

Manakala minyak yang diekstrak daripada lemak digunakan untuk menyediakan ubat-ubatan tradisional.

Permintaan yang kian meningkat dan jumlah tikus buluh liar yang kian berkurangan menyebabkan beberapa tahun kebelakangan ini ramai petani di China beralih untuk mengusahakan ladang penternakan tikus buluh hinggakan ia mendatangkan sumber pendapatan yang lebih lumayan. 

Tikus buluh ternakan ini lebih “bersih” sifatnya, dan makanan utamanya adalah seperti buluh, jagung dan dedak beras

Makanan utama tikus ini ialah buluh

Harga jualan tikus buluh ini adalah sekitar 70 Yuan hingga 120 Yuan sekilo (RM42 hingga RM72) bergantung pada kualiti dan lokaliti ternakan. Sepasang anak tikus buluh yang dijadikan benih pula dijual pada harga 500 Yuan (RM300). 

Comments

comments

Laksamana Chin Hoe

Recent Posts

Working Holiday Visa New Zealand Untuk Anak Muda Malaysia

Merantau sambil bekerja di New Zealand!

4 years ago

Abang Pernah Marah Allah Tak Buat Abang Macam Ini?

Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.

5 years ago

Sibu Antara Bandar Pilihan Saya Jika Kembali Semula Ke Sarawak

Jalan-jalan sambil cari makan di Sibu, Sarawak!

6 years ago

Cara Mereka Menerima Kehadiran Tetamu Seolah Kami Sekeluarga!

Datanglah dan rasai sendiri kemesraan warga rumah panjang.

6 years ago