Bandar Sibu, Sarawak sememangnya terkenal dengan jolokan “syurga makan”. Di Sibu, anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan tradisi dan makanan tempatan seperti mee kampua, kompia, penyaram, kek lapis dan sebagainya, tambahan pula semua makanan ini boleh dibeli pada harga yang murah dan berpatutan.
Selain daripada makan-makan yang disenaraikan diatas, salah satu makanan yang kian popular dan ternama di Sibu adalah pulut panggang Sibu.
Kini pulut panggang Sibu sudah menjadi hidangan mesti bagi pengunjung-pengunjung yang datang melawat Sibu.
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Pulut Panggang Sibu:
Pada 3 Ogos 2014 yang lepas, warga Sibu mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya melakarkan nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) atas kejayaan menghasilkan pulut panggang terbesar dan terpanjang.
Pulut panggang yang dibalut dengan daun pisang itu berukuran 22sm diameter dan 5.5m panjang serta seberat 160kg.
Hasil kejayaan penyelidikan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang dikhabarkan pada pengakhir tahun 2016 yang lepas turut membawa berita gembira kepada para pengusaha pulut panggang.
Menerusi hasil penyelidikan tersebut, pembungkusan inovatif dan produk pulut panggang sejuk beku berhasil meningkatkan jangka hayat produk itu antara 6 bulan hingga 8 bulan, sekali gus membolehkan pulut panggang Sibu dikomersilkan ke serata tempat di Sarawak, dalam dan luar negara.
Antara bahan-bahan asas yang digunakan bagi menghasilkan pulut panggang adalah beras pulut, sedikit garam dan santan. Beras pulut akan dimasak terlebih dahulu sebelum dibalut dengan daun pisang. Pulut yang telah siap dibalut itu kemudiannya akan dipanggang buat seketika, sebelum ia dihidang dan boleh dijamu.
Antara keunikan Pulut Panggang Sibu adalah ia tidak mempunyai inti atau kosong di bahagian dalamnya.
Disebabkan ketiadaan inti itulah membuatkan haruman aroma santan dan pulut yang telah dipanggang itu cukup memukau, dan rasa lemak-lemak pulutnya pula pasti akan membuatkan anda sentiasa terkenang-kenang akan pulut panggang Sibu.
Selain dimakan begitu saja, pulut panggang Sibu juga boleh dinikmati bersama dengan sambal ikan bilis atau perencah yang lain.
Antara pengusaha pulut panggang Sibu yang cukup popular di Sibu adalah Mariam Baie atau lebih dikenali sebagai Pulut Panggang Kak Yam Nor. Gerai Pulut Panggang Kak Yam Nor itu terletak tepi jalan di Kampung Hilir, dan juga di Jalan Bandong, Sibu.
Gerai milik Mariam Baie ini dikatakan mampu mencatatkan jualan sebanyak 700 batang hingga 1000 batang pulut panggang setiap hari. Manakala di musim perayaan pula, jualan harian boleh mencecah sehingga 2800 batang.
comments
Merantau sambil bekerja di New Zealand!
Nilai kejujuran melebihi wang ringgit!
Jana pendapatan lumayan hanya dengan beratur!
Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.
Jalan-jalan sambil cari makan di Sibu, Sarawak!
Sedia menternak tikus di rumah?