Categories: Inspirasi

Asdi Tidak Ikuti Kelas Bimbingan Demi Menolong Ayahnya Menarik Kayu Dari Hutan Belantara

Asdi Karim adalah seorang murid di sekolah pendalaman di Pulau Banggi, Kudat, Sabah.

Dia adalah seorang murid yang rajin dan pergi sekolah dan belajar seperti pelajar-pelajar lain.

Sewaktu berlangsungnya Kelas Bimbingan Berfokus pada waktu petang, Asdi menunggu kehadiran guru besar.

Dia memberitahu guru besar, dia tidak dapat mengikuti Kelas Bimbingan Berfokus pada petang itu.

Asdi memaklumkan kepada guru besar yang dia sudah berjanji dengan ayahnya. Dia akan menolong ayahnya menarik kayu dari tengah hutan belantara dengan menggunakan kerbau miliknya, yang dia namakan sebagai Molbog.

Air mata guru besar bercucuran pada masa itu setelah mendengar dan mengenangkan permintaan dari anak kecil itu.

Dengan berat hati, guru besar memberikan pelepasan kepada Asdi untuk membantu ayahnya.

Kisah mengenai adik Asdi ini diceritakan sendiri oleh guru besar selepas majlis sambutan persaraannya baru-baru ini.

Ini kerana adik Asdi lah yang telah meminjamkan kerbaunya dan mengawal kerbau itu ketika guru besar menaiki pedati di sambutan persaraannya.

Pada usianya yang masih kecil Asdi sudah belajar apa itu erti kehidupan.

 

Comments

comments

Elvon Luttor

Recent Posts

Working Holiday Visa New Zealand Untuk Anak Muda Malaysia

Merantau sambil bekerja di New Zealand!

6 years ago

Abang Pernah Marah Allah Tak Buat Abang Macam Ini?

Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.

7 years ago

Sibu Antara Bandar Pilihan Saya Jika Kembali Semula Ke Sarawak

Jalan-jalan sambil cari makan di Sibu, Sarawak!

7 years ago

Tikus Besar Yang Boleh Dimakan Ini Lebih Mahal Dari Harga Daging

Sedia menternak tikus di rumah?

7 years ago