Categories: Trending

Ikan Bawal Hitam oleh Nelayan Panau Dikatakan Mahal Tetapi Tetap Laris, Ini Sebabnya!

Tahu tak kenapa hasil tangkapan ikan “Panau” (ikan bawal hitam) oleh nelayan “Panau” di Mukah ini mahal?.

Banyak yang mengeluh kata ikan yang mereka jual ini mahal. Jangan nilai pada harga. Nilailah pada dari bagaimana susah payahnya cara mereka dapatkan ikan yang sangat segar ini.

Ikan bawal hitam hasil tangkapan nelayan Panau Mukah [Sumber gambar]
Selain itu, rasa ikan yang mereka tangkap memang berbeza. Rasanya segar dan manis kerana kaedah Panau iaitu tangkapan tradisional diamalkan ketika memburu ikan bawal hitam. 

Bagi kami yang membesar dengan hasil ikan panau ini, kami sangat memahami betapa payahnya mereka meredah lautan yang besar demi sesuap nasi untuk keluarga tercinta.

Penangkapan guna kaedah “Panau” memerlukan nelayan-nelayan terjun ke dasar laut untuk menyelam tanpa bantuan alat pernafasan. 

Nelayan perlu terjun dan menyelam ke dasar laut

Cuba bayangkan bagaimana rasanya berada dalam lautan yang dipancar panas terik mentari. Kita yang membeli ini tinggal masak dan makan.

Jika rezeki menyebelahi, mereka akan balik dengan hasil yang lumayan. Jika tidak, mereka hanya balik dengan tangan kosong yang ada waktunya untuk minyak bot yang mereka guna pun tidak lepas.

Jika ada hasil tangkapan segala penat memang tidak terasa. Yang pasti isteri dan anak-anak akan turut merasa hasilnya.

Janganlah kecam mereka jika ada waktunya ikan yang mereka jual itu mahal. Mereka pun perlukan duit untuk menyara keluarga. Anak-anak mereka pun perlu perbelanjaan untuk sekolah. Renung-renungkanlah sebelum kita menilai sesuatu. Bukan senang jadi nelayan.

Ini adalah pengalaman saya sebagai anak yang menumpang kasih seorang nelayan. Dulu bila arwah atok balik membeli ole-oleh dari hasil tangkapan memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tiap petang saya akan tunggu kepulangan atok untuk tolong bawa barang-barang dan bakul bekalan atok naik ke rumah.

Ada waktunya terlalu lama para nelayan ini tidak ke laut kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan mereka untuk menampung keluarga. Bila kenangkan balik memang amat menyedihkan.

Comments

comments

Fiffy Rai-Me

Recent Posts

Working Holiday Visa New Zealand Untuk Anak Muda Malaysia

Merantau sambil bekerja di New Zealand!

6 years ago

Abang Pernah Marah Allah Tak Buat Abang Macam Ini?

Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.

7 years ago

Sibu Antara Bandar Pilihan Saya Jika Kembali Semula Ke Sarawak

Jalan-jalan sambil cari makan di Sibu, Sarawak!

7 years ago

Tikus Besar Yang Boleh Dimakan Ini Lebih Mahal Dari Harga Daging

Sedia menternak tikus di rumah?

7 years ago