Categories: Inspirasi

Lain Bangsa & Agama Bukan Penghalang Bagi Saya Rayakan CNY Bersama Keluarga Angkat Cina di Ranau Sabah

Beberapa tahun yang lepas, saya telah menyewa bilik di sebuah rumah di Ranau, Sabah kerana saya baru sahaja dipindahkan bertugas di sana, ketika itu.

Di rumah itu, saya tinggal bersama keluarga Cina. Hari demi hari keakraban terjalin dengan keluarga Cina di rumah itu, sehinggalah saya diambil sebagai anak angkat keluarga Tan.

Saya adalah anak tunggal jadi bila tinggal bersama keluarga angkat yang ramai ahli keluarganya, saya rasa sangat gembira dan pelbagai cerita yang kami kongsikan.

Kini, hampir 8 tahun saya bersama-sama merayakan Tahun Baru Cina. Setiap kali CNY, Roy (Roy adalah nama yang diberikan oleh family Tan), saya pasti memohon cuti untuk merayakan CNY selain cuti Aidilfitri.

Apa yang menariknya, setiap tahun family Tan pasti menyuruh saya untuk membuat kuih makmur, batang buruk dan lain-lain untuk juadah di hari CNY walaupun sebenarnya kuih muih ini hanya terlihat ketika Aidilfitri.

Pada saya, berlainan bangsa dan agama bukan satu penghalang untuk kita melupakan jati diri kita sebenar, malahan ia mengajar kita erti menghargai siapa diri kita dan menghormati adat resam kaum dan agama lain.

Sekian pengalaman Roy setiap kali sambut Tahun Baru Cina. 

Comments

comments

Ronil Linnit

Recent Posts

Working Holiday Visa New Zealand Untuk Anak Muda Malaysia

Merantau sambil bekerja di New Zealand!

6 years ago

Abang Pernah Marah Allah Tak Buat Abang Macam Ini?

Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.

7 years ago

Sibu Antara Bandar Pilihan Saya Jika Kembali Semula Ke Sarawak

Jalan-jalan sambil cari makan di Sibu, Sarawak!

8 years ago

Tikus Besar Yang Boleh Dimakan Ini Lebih Mahal Dari Harga Daging

Sedia menternak tikus di rumah?

8 years ago