Categories: FeaturedTrending

Pemandangan Rumah Panjang Mewah di Bintulu Sarawak

Rumah Panjang Jangu Tahir yang terletak di KM15 Jalan Ulu Sebauh, Bintulu Sarawak ternyata menyerlahkan kemodernan pembinaan rumah panjang, disamping masih mengekalkan elemen tradisi yang perlu ada pada sesebuah rumah panjang.

Rumah Panjang Jangu Tahir mempunyai 34 pintu atau didiami oleh 34 keluarga.

Corak binaan rumah panjang ini pastinya membuatkan siapa-siapa saja rasa kagum kerana pemandangan luaran rumah panjang ini tidak ubah seperti binaan rumah teras 2 tingkat dan dalamanya pula dihiasi mewah seperti rumah banglo.

Kawasan “ruai” rumah panjang (Kredit Foto: Andrewson Luat)

Pemandangan rumah panjang mewah ini mula tersebar dan tular di media sosial menerusi status akaun Facebook Andrewson Luat yang telah berkunjung ke rumah panjang tersebut.

Ruai 34 pintu atau keluarga (Kredit Foto: Andrewson Luat)

Setakat artikel ini ditulis, status tersebut telah dikongsikan lebih daripada 3 ribu kali.

Berikut pula adalah rakaman video yang membawa anda melihat sendiri pemandangan luar dan dalam Rumah Panjang Jangu Tahir.

 

Comments

comments

Laksamana Chin Hoe

Recent Posts

Working Holiday Visa New Zealand Untuk Anak Muda Malaysia

Merantau sambil bekerja di New Zealand!

6 years ago

Abang Pernah Marah Allah Tak Buat Abang Macam Ini?

Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.

7 years ago

Sibu Antara Bandar Pilihan Saya Jika Kembali Semula Ke Sarawak

Jalan-jalan sambil cari makan di Sibu, Sarawak!

7 years ago

Tikus Besar Yang Boleh Dimakan Ini Lebih Mahal Dari Harga Daging

Sedia menternak tikus di rumah?

7 years ago