Categories: FeaturedTrending

Pengalaman Cemas Naik Helikopter ke Long Busang, Belaga, Sarawak!

Pada tahun lepas, bulan April 2016 saya mengikut rombongan untuk menghantar bantuan segera kepada sebuah sekolah di hulu Sungai Rejang. Itu adalah pengalaman kali pertama menaiki helikopter semasa cuaca tidak menentu.

Penerbangan bermula dari Lapangan terbang sibu seawal jam 9 pagi. Dari sibu melewati Batang Rejang. Kelihatan banyak kampung sekitar kiri kanan Sungai Rejang, termasuk pekan Kanowit dan pekan Song.

Kami singgah di Kapit sebentar untuk makan sarapan Mee Goreng Basah serta Kampua yang terbaik di Kapit. Terkenang kenangan lalu di tempat ini zaman persekolahanku.

Setelah bersarapan di Kapit, kami mulakan pernerbangan lagi untuk menuju ke destinasi kejadian. Kami merentangi Sungai Baleh dan kemudian rentas beberapa banjaran yang saya kurang pasti namanya.

Kemudian barulah kelihatan Tasik Bakun yang membiru. Kira-kira 40 minit kami telah sampai di Kampung Long Busang, Belaga.

Sumbangan dari wakil rakyat kawasan serta agensi kerajaan telah kami hulurkan dengan selamat.

Apa yang mencemaskan dan merimaskan kami adalah pernerbangan pulang menunuju ke Bintulu. Cuaca tiba-tiba berubah menjadi mendung sekitar jam 1 tengahari. Langit menjadi kelam dan angin bertiup dengan kuat. Tanpa membuang masa, Juru Terbang kami memberitahu supaya kami harus segera bergerak.

Semasa penerbangan pulang jarak pandangan semakin kabur dan hujan agak kencang. Tiba-tiba di atas dataran Banjaran Batu Laga, kami seolah didalam satu kotak kelam. Kiri kanan depan dan belakang dikelilingi awan yang tebal. Kami masing-masing membisu dan berdoa dalam hati.

Mujur Juru terbang kami sangat cekap dan berpengalaman. Dengan tenang dia membawa kami terbang rendah menuruni jurang lembah.

Semakin menuruni lembah barulah ternampak cahaya dan kembali mengikut aliran sungai Rejang. Kami telah selamat sampai di pangkalan lapangan terbang Bintulu sekitar jam 4 petang. Sampai hari ini masih ku ingat perasaan itu.

Comments

comments

Romio Ding

Recent Posts

Working Holiday Visa New Zealand Untuk Anak Muda Malaysia

Merantau sambil bekerja di New Zealand!

6 years ago

Abang Pernah Marah Allah Tak Buat Abang Macam Ini?

Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.

7 years ago

Sibu Antara Bandar Pilihan Saya Jika Kembali Semula Ke Sarawak

Jalan-jalan sambil cari makan di Sibu, Sarawak!

8 years ago

Tikus Besar Yang Boleh Dimakan Ini Lebih Mahal Dari Harga Daging

Sedia menternak tikus di rumah?

8 years ago