Bagi kebanyakan kita, perut atau gelembung ikan seringkali dibuang saja kerana tidak sedar nilai dan manfaatnya.
Namun sebenarnya perut ikan kering mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan dianggap sebagai makanan premium bagi sesetengah masyarakat.
Harga jualan sekilo perut ikan kering boleh mencecah antara RM300 hingga RM1000 sekilo bergantung pada gred, ukuran dan jenis gelembung atau perut ikan kerana tidak semua gelembung ikan berharga.
Selain itu, harga jualan turut dipengaruhi oleh kebijaksanaan mencari penjual atau pemborong yang sanggup menawarkan harga yang tinggi tanpa melibatkan orang tengah seperti jualan terus kepada peniaga herba dan pengusaha restoran makanan Cina.
Sekiranya dulu perut ikan kering sering dibuang, lepas ini anda boleh menimbangkan untuk menyimpan perut ikan untuk dikeringkan dan dijual. Simpan sedikit demi sedikit, lama-lama jadi duit.
comments
Merantau sambil bekerja di New Zealand!
Nilai kejujuran melebihi wang ringgit!
Jana pendapatan lumayan hanya dengan beratur!
Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.
Jalan-jalan sambil cari makan di Sibu, Sarawak!
Sedia menternak tikus di rumah?