Satu lagi tarikan di Kg. Sayap, Kota Belud, Sabah khusunya bagi warga kerja SK Sayap sendiri dimana pada 23 November 2016 yang lepas melakarkan sejarahnya tersendiri atas perasmian Pondok-Pondok Eko-Pelancongan Pendidikan SK Sayap.
Pondok-Pondok Eko-Pelancongan Pendidikan SK Sayap ini terdiri daripada Pondok Terbalik disamping pondok-pondok yang lain.
Pondok-Pondok Eko-Pelancongan Pendidikan SK Sayap kini dibuka untuk dikunjungi orang ramai dengan kadar yuran masuk terendah iaitu:
1. Dewasa: Rm 1.00
2. Kanak-kanak: Rm 0.30 (7-12tahun)
SK Sayap mula beroperasi pada 4 April 1962 yang ketika itu dikenali sebagai NVS (Nativo Voulentay School) yang mempunyai seramai 35 pelajar pada ketika itu.
SK Sayap dikategorikan sebagai Pedalaman II yang terletak di kaki bukit yg merupakan rumpun dan barisan Banjaran Crocker. Terletak lebih kurang 40KM dari pekan Kota Belud yang boleh dihubungi dengan jalan batu kerikil ( tiada jalan yang bertar).
Antara tarikan yang ada di Kg Sayap adalah Taman Taman Sabah – Sayap Substation yang menjadi habitat flora dan fauna yang masih terpelihara dan air terjun yang cantik iaitu Air Terjun Kemantis.
Dengan pembukaan Pondok-Pondok Eko-Pelancongan Pendidikan SK Sayap, sudah tentu Kg Sayap akan terus jadi perhatian dan tumpuan sebagai destinasi persinggahan bagi pelawat dan pengunjung.
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Pondok-Pondok Eko-Pelancongan Pendidikan SK Sayap dan pakej yang ditawarkan, bolehlah berhubung dengan:
comments
Merantau sambil bekerja di New Zealand!
Nilai kejujuran melebihi wang ringgit!
Jana pendapatan lumayan hanya dengan beratur!
Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.
Jalan-jalan sambil cari makan di Sibu, Sarawak!
Sedia menternak tikus di rumah?