Purata harga semangkuk Laksa Sarawak biasa adalah antara RM5 – RM9 sahaja.
Baru-baru ini tular sebuah klip video oleh seorang Youtuber iaitu Leeroy Wong di media sosial yang berkongsi tentang Laksa Sarawak yang berharga RM128, di Kuching Sarawak. Setakat ini, klip video tersebut telah dikongsikan lebih daripada 11k kali oleh pengguna Facebook.
Ya, betul, RM128 untuk Laksa Sarawak Lobster. Bukan Laksa Sarawak yang biasa kita makan.
Gerai diberi nama “Hochiak Lobster Sarawak Laksa” yang dikunjungi oleh Youtuber itu bukan saja menjual Laksa Sarawak biasa pada yang harga berpatutan, mereka juga menjual Laksa Sarawak Lobster dari RM78 hingga RM128 semangkuk.
Harga tersebut ditentukan berdasarkan saiz lobster, dari yang bersaiz kecil, sederhana dan besar.
Hasil daripada perkongsian Youtuber itu, gerai terbabit kini mula dikunjungi oleh ramai orang yang mahu merasa Laksa Sarawak Lobster.
comments
Merantau sambil bekerja di New Zealand!
Nilai kejujuran melebihi wang ringgit!
Jana pendapatan lumayan hanya dengan beratur!
Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.
Jalan-jalan sambil cari makan di Sibu, Sarawak!
Sedia menternak tikus di rumah?