Sebelum ini, kita telah berkongsi tentang puncak Bukit RISM atau “Center of Sabah”, lokasi terletaknya titik tengah Negeri Sabah.
Bagi yang belum membacanya, boleh baca disini Puncak Bukit Ini Terletaknya Kedudukan Sebenar Titik Tengah Negeri Sabah
Artikel kali ini pula kita akan berkongsi tentang 5 perkara penting yang perlu anda lakukan atau ambil tahu sebelum turun menjejaki Bukit RISM.
Oleh kerana Bukit RISM ini termasuk dalam hutan simpan perlindungan kelas 1, anda perlu memohon permit masuk dengan menghantar surat rasmi pemohonan kepada Jabatan Perhutanan Daerah Tongod melalui fax.
Sila sertakan tarikh mendaki, nama pendaki, no kad pengenalan, alamat serta nombor kereta berserta nama pemandu.
Pastikan anda menghantar surat 2 atau 1 minggu lebih awal sebelum mendaki bagi memudahkan proses permohonan.
Pendakian hanya dibenarkan pada hari bekerja sahaja (Isnin hingga Jumaat) dan harus dimulakan pada awal pagi disebabkan jarak pendakian mengambil masa.
Sekiranya anda ingin melakukan pendakian hujung minggu, sila sertakan alasan yang kukuh dan mungkin juga anda perlu membayar jurupandu lebih dari kadar biasa.
Pejabat Perhutanan Daerah,Tongod
Peti Surat 212, 90702, Sandakan
Sabah, Malaysia
Tel:087-721101/721103
Fax:087-721102
Jarak lokasi Centre Of Sabah amat jauh dari daerah-daerah utama negeri ini. Saya cadangkan anda datang awal sehari pendakian dan menginap semalam sebelum memulakan aktiviti pendakian pada keesokan harinya.
Tempat yang saya boleh cadangkan dan menjimatkan masa perjalanan anda ialah :
Jalan menuju ke Pejabat Perhutanan Daerah Tongod iaitu tempat berkumpul sebelum meneruskan pendakian ke Centre Of Sabah akan melalui jalan tidak berturap. Kenderaan pacuan empat roda adalah kenderaan yang paling sesuai melalui jalan ini.
Anda mungkin perlu menyewa sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sekiranya anda membawa kenderaan sendiri, pastikan kenderaan anda mempunyai bekalan minyak yang mencukupi kerana tiada stesen minyak di kawasan ini kecuali daerah Tongod dan penjualan petrol tepi jalan tanpa subsidi.
Bayaran permit masuk Jabatan Perhutanan Tongod adalah sebanyak RM5. Bayaran jurupandu pula buat masa kini belum ditetapkan. Sila rujuk jurupandu yang bertugas semasa aktiviti pendakian dijalankan.
Berikut adalah intisari jaduan pendakian kami sebelum ini:
Hari Pertama
Hari Kedua
Untuk maklumat lanjut dan urusan pendakian, sila hubungi :
Eric Gimputu : 017-892 8234 atau
Pejabat Perhutanan Daerah,Tongod
Peti Surat 212,90702,Sandakan
Sabah,Malaysia
Tel:087-721101/721103
Fax:087-721102
comments
Merantau sambil bekerja di New Zealand!
Nilai kejujuran melebihi wang ringgit!
Jana pendapatan lumayan hanya dengan beratur!
Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.
Jalan-jalan sambil cari makan di Sibu, Sarawak!
Sedia menternak tikus di rumah?