Categories: Trending

Pak Cik Berusia 66 Tahun Buat Pengembaraan Solo Bermotosikal Kelilingi Sabah

Pakcik Rahim Yusof, seorang bekas tentera berusia 66 tahun membuktikan bahawa usia bukan penghalang baginya untuk lakukan perkara yang beliau minati dan menjayakan misi pengembaraan solo bermotosikal mengelilingi Negeri Sabah.

Pak cik Rahim Yusof mulakan misi pengembaraan solo mengelilingi Sabah pada 1 Ogos 2016 yang lepas dan dijangka mengambil masa 1 bulan untuk beliau melengkapkan misi tersebut.

Bertemankan moto Denmark Superclub 90 CC dan 14 Jalur Gemilang, beliau akan ke semua daerah seperti Sandakan, Beluran, Paitan Pitas, Kota Marudu, Kudat, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Papar, Beaufort, Sipitang Sendumin, Tenom, Tambunan, Keningau, Kalabakan, Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Telupid, Ranau, Kundasang dan berakhir di Tamparuli.

Semua daerah telah pun dijelajah dan kerana ramai penunggang motosikal di semua daerah sanggup eskot pak cik Rahim Yusof dari satu daerah ke daerah yang lain membuatkan pergerakkan lancar dan perjalanan ke semua daerah lebih awal dari yang dijadualkan, kata Puan Noor Rahim, anak kepada pak cik Rahim.

Selain itu, setiap daerah yang dikunjungi oleh pak cik Rahim menerima beliau dengan mesra, terutama para penunggang motosikal di setiap daerah.

Mereka memberi pelbagai sumbngan dan bantuan kepada pakcik Rahim seperti makanan duit dan tempat bermalam.

Bagi pak cik Rahim Yusof pula, selepasi berjaya menamatkan pengembaraan solo bermotosikal mengelilingi Negeri Sabah, beliau bercita-cita meneruskan usaha tersebut di Negeri Sarawak pada tahun hadapan, dan di Semenanjung Malaysia pada tahun 2018.

Comments

comments

Laksamana Chin Hoe

Recent Posts

Working Holiday Visa New Zealand Untuk Anak Muda Malaysia

Merantau sambil bekerja di New Zealand!

6 years ago

Abang Pernah Marah Allah Tak Buat Abang Macam Ini?

Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.

7 years ago

Sibu Antara Bandar Pilihan Saya Jika Kembali Semula Ke Sarawak

Jalan-jalan sambil cari makan di Sibu, Sarawak!

8 years ago

Tikus Besar Yang Boleh Dimakan Ini Lebih Mahal Dari Harga Daging

Sedia menternak tikus di rumah?

8 years ago