Categories: Trending

SK Long Sepiling, Miri, Sarawak Wakili Malaysia Ke Peringkat Antarabangsa

Siapa sangka usaha oleh sekumpulan pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan Long Sepiling, Miri, Sarawak, sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah pedalaman berjaya mencipta sejarah dan kejayaan tersendiri apabila filem pendek berjudul “The Power of Hands” atau Marung Usu yang mereka pertaruhkan di Pertandingan Kid Witness News Peringkat Kebangsaan berhasil menambat hati para juri, sekaligus melayakkan  mereka merangkul anugerah  Grand Prize (Kategori Sekolah Rendah) dan Best Script serta akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Peringkat Global bagi Kid Witness News.

Kid Witness News adalah sebuah program latihan video global yang bersifat “hands-on” yang disokong oleh Panasonic. Kid Witness News turut diadakan di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong, Indonesia, Vietnam, Thailand, dan beberapa buah negara eropah yang lain, dan setiap wakil daripada negara-negara tersebut akan dipilih ke pertandingan peringkat global.

Selain Sekolah Kebangsaan Long Sepiling, Miri, Sarawak, sebuah lagi sekolah dari Sarawak iaitu SMK Batu Lintang Kuching turut berjaya merangkul hadiah utama bagi kategori sekolah menengah.

Kedua-dua sekolah ini akan mewakili Malaysia, berentap dipentas global.

Comments

comments

Laksamana Chin Hoe

Recent Posts

Working Holiday Visa New Zealand Untuk Anak Muda Malaysia

Merantau sambil bekerja di New Zealand!

6 years ago

Abang Pernah Marah Allah Tak Buat Abang Macam Ini?

Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.

7 years ago

Sibu Antara Bandar Pilihan Saya Jika Kembali Semula Ke Sarawak

Jalan-jalan sambil cari makan di Sibu, Sarawak!

8 years ago

Tikus Besar Yang Boleh Dimakan Ini Lebih Mahal Dari Harga Daging

Sedia menternak tikus di rumah?

8 years ago