Categories: Travel

Pinjan Sarawak Tawarkan Menu Laksa Sarawak & Mee Kolok di Bangi, Selangor!

Pinjan Sarawak merupakan cetusan idea bersama sepasang suami isteri iaitu Puan Rohaiza dan Tuan Amri yang melihat potensi yang baik untuk memperkenalkan makanan Sarawak di Semenanjung Malaysia seperti mee kolok yang terkenal di kalangan peminat masakan Sarawak.

Sebelum membuka gerai di food court, Pinjan Sarawak bermula dengan online di facebook pada tahun 2015 manakalal secara offline pada tahun 2014 dengan membuka tapak niaga di seksyen 3 Bandar Baru Bangi pada setiap hujung minggu.

Laksa Sarawak

Makanan yang disajikan adalah halal. Antara hidangan yang ada di Pinjan Sarawak adalah mee kolok, laksa sarawak, mee jawa, nasi ayam hainan, sup tulang, roti bakar dan kek lapis.

Mee Jawa

Pada masa akan datang, Pinjan Sarawak bakal membawa beberapa lagi menu baru dari Sarawak dan masakan Cina bagi dinikmati oleh para pelanggan.

Lokasi Pinjan Sarawak adalah di : Food Court No. 1, Tingkat 2, kompleks PKNS Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi : 10.00pagi hingga 8.00malam (tiap hari)

Comments

comments

Laksamana Chin Hoe

Recent Posts

Working Holiday Visa New Zealand Untuk Anak Muda Malaysia

Merantau sambil bekerja di New Zealand!

6 years ago

Abang Pernah Marah Allah Tak Buat Abang Macam Ini?

Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.

7 years ago

Sibu Antara Bandar Pilihan Saya Jika Kembali Semula Ke Sarawak

Jalan-jalan sambil cari makan di Sibu, Sarawak!

8 years ago

Tikus Besar Yang Boleh Dimakan Ini Lebih Mahal Dari Harga Daging

Sedia menternak tikus di rumah?

8 years ago