Pinjan Sarawak merupakan cetusan idea bersama sepasang suami isteri iaitu Puan Rohaiza dan Tuan Amri yang melihat potensi yang baik untuk memperkenalkan makanan Sarawak di Semenanjung Malaysia seperti mee kolok yang terkenal di kalangan peminat masakan Sarawak.
Sebelum membuka gerai di food court, Pinjan Sarawak bermula dengan online di facebook pada tahun 2015 manakalal secara offline pada tahun 2014 dengan membuka tapak niaga di seksyen 3 Bandar Baru Bangi pada setiap hujung minggu.
Makanan yang disajikan adalah halal. Antara hidangan yang ada di Pinjan Sarawak adalah mee kolok, laksa sarawak, mee jawa, nasi ayam hainan, sup tulang, roti bakar dan kek lapis.
Pada masa akan datang, Pinjan Sarawak bakal membawa beberapa lagi menu baru dari Sarawak dan masakan Cina bagi dinikmati oleh para pelanggan.
Lokasi Pinjan Sarawak adalah di : Food Court No. 1, Tingkat 2, kompleks PKNS Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 10.00pagi hingga 8.00malam (tiap hari)