Categories: FeaturedTrending

Pisang “Seribu” atau “Belalai Gajah” Jadi Tarikan di Miri, Sarawak

Borneodihati.org – Pelik dan unik! Tandan pisang yang panjang boleh mencecah ratusan dan ribuan pisang yang jarang-jarang sekali boleh dilihat di Malaysia, kini sudah mula ditanam di Miri, Sarawak.

Pisang seribu (Indonesia) juga dikenali sebagai pisang belalai gajah oleh komuniti Malaysia kerana bentuk tandannya yang menyerupai belalai gajah.

Pemilik kepada pisang seribu ini iaitu Hezekiah Asim memberitahu, beliau mendapat anak pokok pisang seribu ini daripada sahabat Indonesia sebelum dibawa dan ditanam di Miri.

Anak pokok pisang itu ditanam pada bulan Ogos tahun lalu. Disebabkan faktor kurang pembajaan, jadi pertumbuhannya agak terbantut dan lambat berbuah.

Pokok pisang seribu yang ditanam itu mula berbuah pada awal bulan Disember tahun lepas dan kini tandan buah pisang itu sudah memanjang sehingga mencecah ke dasar tanah.

Comments

comments

Laksamana Chin Hoe

Recent Posts

Working Holiday Visa New Zealand Untuk Anak Muda Malaysia

Merantau sambil bekerja di New Zealand!

6 years ago

Abang Pernah Marah Allah Tak Buat Abang Macam Ini?

Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.

7 years ago

Sibu Antara Bandar Pilihan Saya Jika Kembali Semula Ke Sarawak

Jalan-jalan sambil cari makan di Sibu, Sarawak!

7 years ago

Tikus Besar Yang Boleh Dimakan Ini Lebih Mahal Dari Harga Daging

Sedia menternak tikus di rumah?

7 years ago