Borneodihati.org – Pelik dan unik! Tandan pisang yang panjang boleh mencecah ratusan dan ribuan pisang yang jarang-jarang sekali boleh dilihat di Malaysia, kini sudah mula ditanam di Miri, Sarawak.
Pisang seribu (Indonesia) juga dikenali sebagai pisang belalai gajah oleh komuniti Malaysia kerana bentuk tandannya yang menyerupai belalai gajah.
Pemilik kepada pisang seribu ini iaitu Hezekiah Asim memberitahu, beliau mendapat anak pokok pisang seribu ini daripada sahabat Indonesia sebelum dibawa dan ditanam di Miri.
Anak pokok pisang itu ditanam pada bulan Ogos tahun lalu. Disebabkan faktor kurang pembajaan, jadi pertumbuhannya agak terbantut dan lambat berbuah.
Pokok pisang seribu yang ditanam itu mula berbuah pada awal bulan Disember tahun lepas dan kini tandan buah pisang itu sudah memanjang sehingga mencecah ke dasar tanah.