Warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan bermastautin di Sabah dan atau salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah dipelawa memohon tajaan Biasiswa atau Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah untuk mengikuti kursus peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah bagi sesi pengajian 2017.
Bagi tajaan Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS), pemohon mestilah menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sabah sahaja, kecuali pelajar-pelajar dibawah tajaan Yayasan Sabah di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.
Kursus : Foundation/A Level/Sijil
Tempat Pengajian : Dalam Negera, keutamaamn kepada pelajar yang mengikuti Program Berkembar / TTP
Kelayakan Akademik : Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 7A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2016
2. Biasiswa Bahasa Arab / Pengajian Islam
Peringkat Pengajian : Diploma / Ijazah
Tempat Pengajian : Institusi Pengajian Tinggi Tempatan / Twinning Programme/ASEAN/Timur Tengah
Kelayakan Akademik : Pemohon mestilah memperolehi Sijil Penuh dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan / atau memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam Peperiksaan SPM.
3. Biasiswa Ulum Islamiah
Peringkat Pengajian : Ijazah
Tempat Pengajian : Timur Tengah
Kelayakan Akademik : Pemohon mestilah memperolehi Sijil Penuh dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan / atau memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam Peperiksaan SPM.
4. Biasiswa Perubatan Mesir
Peringkat Pengajian : Ijazah
Tempat Pengajian : Timur Tengah
Kelayakan Akademik : Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.0 dalam peperiksaan PreMedic/Matrikulasi
5. Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan
Peringkat Pengajian : Ijazah
Tempat Pengajian : Universiti Malaysia Pahang (Program kerjasama dengan Negara Jerman)
Kelayakan Akademik : Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.0 dalam peperiksaan Matrikulasi / A Level
Kursus : Foundation (Kejuruteraan)
Tempat Pengajian : Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) (Program kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang)
Kelayakan Akademik : Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf
6. Biasiswa Pengajian Islam (KTYS/KUIM)
Peringkat Pengajian : Diploma
Tempat Pengajian : Kolej Teknikal Yayasan Sabah
Kelayakan Akademik : Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf
Peringkat Pengajian : Sijil
Tempat Pengajian : Intra International Skills Academy, Selangor (Program kerjasama dengan Kementerian Belia & Sukan Sabah)
Kelayakan Akademik : Permohonan daripada para belia yang mempunyai kelulusan UPSR/PMR/PT3/SPM
2. Dermasiswa KTYS
Peringkat Pengajian : Sijil
Tempat Pengajian : Kolej Teknikal Yayasan Sabah
Kelayakan Akademik : Permohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu daam peperiksaan SPMatau setaraf
Pinjaman pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus peringkat Diploma atau Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan
Kelayakan Akademik : Pemohonan mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.
1. Bahagian Pembangunan Pendidikan, Yayasan Sabah, Kota Kinabalu
2. Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara – Kota Marudu
3. Pejabat Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara – Keningau
4. Pejabat Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan – Beaufort
5. Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara – Sandakan
6. Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan – Tawau
7. Pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur
Borang permohonan dan permohonan oline yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:
Tarikh tutup permohonan untuk Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS) ialah pada 31 Mac 2017
Sila tulis “BCNS 2017” pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat pengiriman dokumen bagi permohonan BCNS
2. Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam, Biasiswa Kejuruteraan, Ulum Islamiah, Biasiswa Perubatan Mesir, Dermasiswa Kemahiran Belia dan Pinjaman Pengajian
Borang permohonan dan permohonan secara online berserta salinan dokumen yang telah disahkan hendaklah dikemukakan ke alamat berikut selewat-selawatnya 15 April 2017
Bahagian Pembangunan Pendidikan, Yayasan Sabah, Arah 5, Menara Tun Mustapha, Teluk Likas, Peti Surat 11201, 88813, Kota Kinabalu, Sabah
comments
Merantau sambil bekerja di New Zealand!
Nilai kejujuran melebihi wang ringgit!
Jana pendapatan lumayan hanya dengan beratur!
Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.
Jalan-jalan sambil cari makan di Sibu, Sarawak!
Sedia menternak tikus di rumah?