Tajaan Biasiswa dan Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah

17311

Warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan bermastautin di Sabah dan atau salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah dipelawa memohon tajaan Biasiswa atau Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah untuk mengikuti kursus peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah bagi sesi pengajian 2017.

Bagi tajaan Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS), pemohon mestilah menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sabah sahaja, kecuali pelajar-pelajar dibawah tajaan Yayasan Sabah di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

BIASISWA

  1. Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)

Kursus : Foundation/A Level/Sijil

Tempat Pengajian : Dalam Negera, keutamaamn kepada pelajar yang mengikuti Program Berkembar / TTP

Kelayakan Akademik : Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 7A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2016

2. Biasiswa Bahasa Arab / Pengajian Islam

Peringkat Pengajian : Diploma / Ijazah

Tempat Pengajian : Institusi Pengajian Tinggi Tempatan / Twinning Programme/ASEAN/Timur Tengah

Kelayakan Akademik : Pemohon mestilah memperolehi Sijil Penuh dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan / atau memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam Peperiksaan SPM.

3. Biasiswa Ulum Islamiah

Peringkat Pengajian : Ijazah

Tempat Pengajian : Timur Tengah

Kelayakan Akademik : Pemohon mestilah memperolehi Sijil Penuh dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan / atau memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam Peperiksaan SPM.

4. Biasiswa Perubatan Mesir

Peringkat Pengajian : Ijazah

Tempat Pengajian : Timur Tengah

Kelayakan Akademik : Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.0 dalam peperiksaan PreMedic/Matrikulasi

5. Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan

Peringkat Pengajian : Ijazah

Tempat Pengajian : Universiti Malaysia Pahang (Program kerjasama dengan Negara Jerman)

Kelayakan Akademik : Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.0 dalam peperiksaan Matrikulasi / A Level

Kursus : Foundation (Kejuruteraan)

Tempat Pengajian : Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) (Program kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang)

Kelayakan Akademik : Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf

6. Biasiswa Pengajian Islam (KTYS/KUIM)

Peringkat Pengajian : Diploma

Tempat Pengajian : Kolej Teknikal Yayasan Sabah

Kelayakan Akademik : Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf

DERMASISWA

  1. Dermasiswa Kemahiran Belia

Peringkat Pengajian : Sijil

Tempat Pengajian : Intra International Skills Academy, Selangor (Program kerjasama dengan Kementerian Belia & Sukan Sabah)

Kelayakan Akademik : Permohonan daripada para belia yang mempunyai kelulusan UPSR/PMR/PT3/SPM

2. Dermasiswa KTYS

Peringkat Pengajian : Sijil

Tempat Pengajian : Kolej Teknikal Yayasan Sabah

Kelayakan Akademik : Permohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu daam peperiksaan SPMatau setaraf

PINJAMAN

Pinjaman pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus peringkat Diploma atau Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan

Kelayakan Akademik : Pemohonan mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

CARA-CARA MEMOHON

  1. Permohonan dibuat melalui online dengan melayari laman web http://www.yayasansabahgroup.org.my. Pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadi untuk permohonan online.
  2. Nombor PIN untu permohonan melalui online boleh didapati di pejabat-pejabat Yayasan Sabah seperti dibawah.
  3. Bagi daerah-daerah yang berkemungkinan menghadapi kesukaran akses kepada internet, borang permohonan ada disedikan. Ia boleh diperolehi di pejabat Yayasan Sabah seperti berikut:

1. Bahagian Pembangunan Pendidikan, Yayasan Sabah, Kota Kinabalu

2. Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara – Kota Marudu

3. Pejabat Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara – Keningau

4. Pejabat Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan – Beaufort

5. Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara – Sandakan

6. Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan – Tawau

7. Pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur

DOKUMEN DIPERLUKAN

Borang permohonan dan permohonan oline yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:

  1. Surat Beranak / Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon
  2. Surat Beranak / Surat Sumpah dan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga
  3. Sijil-sijil Persekolahan
  4. Satu keping gambar berukuran pasport
  5. Slip gaji terakhir pemohon (jika bekerja) atau slip gaji ibu dan bapa (bagi pemohon yang tidak berkerja)
  6. Surat pelepasan atau surat kelulusan cuti belajar (untuk pegawai kerajaan)
  7. Surat tawaran kemasukan ke universiti / kolej (jika ada)
  8. Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

  1. Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)

Tarikh tutup permohonan untuk Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS) ialah pada 31 Mac 2017

Sila tulis “BCNS 2017” pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat pengiriman dokumen bagi permohonan BCNS

2. Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam, Biasiswa Kejuruteraan, Ulum Islamiah, Biasiswa Perubatan Mesir, Dermasiswa Kemahiran Belia dan Pinjaman Pengajian

Borang permohonan dan permohonan secara online berserta salinan dokumen yang telah disahkan hendaklah dikemukakan ke alamat berikut selewat-selawatnya 15 April 2017

Bahagian Pembangunan Pendidikan, Yayasan Sabah, Arah 5, Menara Tun Mustapha, Teluk Likas, Peti Surat 11201, 88813, Kota Kinabalu, Sabah

Comments

comments