Kayu Ini Sekeras Besi, Berikut 5 Fakta Menarik Tentang Kayu Belian

6425
Penggunaan kayu belian dalam pembinaan (Kredit Foto: Akmal PBT)

Pokok belian adalah sejenis kayu keras yang hanya boleh ditemukan di Borneo (Sabah dan Sarawak) dan Indonesia (Kalimatan dan Sumatera). Ia adalah kayu keras yang amat bermutu.

1. Kayu Besi 

Kayu belian atau tebelian adalah antara kayu yang terkenal dengan ketahanannya, ia adalah kayu yang keras, tahan lama dan tidak mudah reput sehingga ia diberi jolokan nama kayu besi Borneo.

2. Memakan Masa Ratusan Tahun Jadi Matang

Tidak seperti pokok-pokok biasa, pokok belian mengambil masa yang lama sehingga mencecah ratusan tahun sebelum ia menjadi matang.

Bagi sepohon pokok belian mencapai status matang ia selalunya memakan masa selama 100 tahun hingga 120 tahun.

3. Boleh Tahan Beberapa Dekad Atau Abad

Kayu ini mempunyai ciri-ciri ekologi yang tinggi, anatomi unik dan tahan lama secara semulajadi.

Ketahanannya boleh melangkau beberapa dekad atau abad andai berada dalam kondisi kering.

Kayu belian untuk buat petak kandang & pagar kambing (Kredit Foto: Jack Silla Datu)

Walaubagaimanapun, ketahanan ini juga adalah bergantung pada kematangan pokok atau kayu belian yang digunakan. Bagi kayu belian muda ia selalunya tidak tahan berbanding kayu belian yang matang.

4. Permintaan Tinggi 

Atas sebab ketahanannya yang tidak mudah menyusut, kayu belian sentiasa menerima permintaan yang tinggi. Ia menjadi bahan pilihan dalam pembinaan berat dan binaan rumah seperti tiang rumah, dinding, jambatan dan lantai rumah.

Sebab itulah kayu belian ini banyak digunakan dalam pembinaan rumah panjang suatu ketika dulu.

Penggunaan kayu belian dalam pembinaan (Kredit Foto: Akmal PBT)

Hari ini pelbagai barangan kraf dan peralatan atau perabot rumah turut menggunakan kayu belian yang boleh diwarisi dari generasi ke generasi.

Meja diperbuat daripada kayu belian bernilai RM8000 (Kredit Foto: Gary Lin)

Selain kegunaan dalam pembinaan, kayu belian juga banyak digunakan dalam pertanian tradisional, khususnya penanaman lada. Oleh kerana ia tidak mudah reput tatkala terdedah pada air hujan dan serangan anai-anai atau serangga lain, maka kayu belian digunakan sebagai tiang sokongan kepada pokok lada.

Disebabkan permintaan dan nilai pasaran yang tinggi inilah pokok-pokok belian di hutan belantara sentiasa menjadi sasaran syarikat pembalakan dan kian berkurangan serta sukar diperoleh.

5. Biji Benih Keras, Percambahan Berbulan

Dari pembiakannya pula, biji benih pokok ini dikatakan memerlukan masa yang cukup lama yakni antara 4 hingga 6 bulan untuk bercambah kerana benihnya mempunyai kulit yang keras.

Comments

comments