7 Rekod Terbesar Ini Tercipta di Sarawak

    1306

    Berikut adalah antara koleksi rekod yang pernah tercatat di Sarawak, dan lebih bermakna rekod-rekod ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records. 

    1. Pulut Panggang Terbesar 

    Proses menghasilkan pulut panggang gergasi (Kredit Foto: Khalid Zaini)

    Pada 3 Ogos 2014, Sibu mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan pulut panggang terbesar dan terpanjang.

    Sijil – Pulut Panggang Terbesar (Kredit Foto: Khalid Zaini)

    Pulut panggang yang dibalut dengan daun pisang itu berukuran 20cm diameter dan 5.5m panjang serta seberat 160kg kini tersenarai nama dalam Malaysia Book of Records.

    2. Acara Minum Kopi Teramai 

    Acara minum kopi beramai-ramai (Kredit Foto: Happenings in Sarawak Magazine)

    Pada tahun 2015, Bandar Sibu berjaya mencipta rekod baharu Acara Minum Kopi Teramai (Largest Coffee Drinking Event) dengan penyertaan seramai 5880 orang peserta yang hadir dan minum kopi beramai-ramai.

    Sijil Pengiktirafan (Kredif Foto: Happenings in Sarawak Magazine)

    Rekod ini mengatasi rekod terdahulu untuk acara sama yang pernah dicatat di Pekan Tenom, Sabah. Rekod terdahulu Acara Minum Kopi di Tenom Sabah melibatkan seramai 4,461 peserta.

    3. Hidangan Laksa Sarawak Terbesar 

    Laksa Sarawak gergasi (Kredit Foto: Gerald Raid)

    Pada tahun 2016, Plaza Merdeka Kuching menerusi hidangan Laksa Sarawak Terbesar berjaya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

    Hidangan Laksa Sarawak itu yang dimuatkan dalam mangkuk gergasi bersaiz 3.1 meter x 1.3 mempunyai isipadu 1,200 liter atau bersamaan dengan 1,500 mangkuk biasa Laksa Sarawak.

    Walaubagaimanapun, acara tersebut mendapat kritikan daripada orang ramai berikutan berlakunya pembaziran, dimana 1500 hidangan itu dibuang begitu saja kerana dikatakan ia “tidak sihat” untuk dimakan.

    4. Bot Laju Kawalan Jauh Terbanyak 

    Perlepasan Bot Laju Kawalan Jauh (Kredit Foto: Simmonette Tan)

    Jumlah Bot Laju Kawalan Jauh yang terbanyak adalah antara rekod baharu yang tercipta di Bumi Kenyalang. Menerusi penganjuran acara Pertandingan Bot Laju Kawalan Jauh Antarabangsa Borneo (Borneo International Remote Control Power Boat Tournament) pada tahun 2017 di Sibu dan bersempena dengan Tahun Melawat Sibu 2017, acara tersebut yang disertai 614 buah bot laju kawalan jauh berjaya memecahkan rekod lama acara yang sama di Melaka yang melibatkan 522 buah bot laju pada tahun 2015.

    Sijil Pengiktiran (Kredit Foto: Borneo Talk)

    5. Acara Menulis Kaligrafi Cina Terbesar

    Tulisan Kaligrafi yang telah siap (Kredit Foto: Joseph Chieng)

    Bandar Sibu sekali lagi berjaya menambahkan koleksi gelaran yang tersenarai dalam Malaysia Book Records apabila berjaya menganjurkan Acara Menulis Kaligrafi Cina Terbesar yang diserti oleh 6140 orang peserta.

    Sijil Acara Menulis Kaligrafi Cina Terbesar (Kredit Foto: KTS Trading)

    Rekod ini mengatasi pencapaian rekod acara yang serupa yang pernah dijalankan di Teluk Intan, Perak yang disertai seramai 3067 peserta.

    6. Perhimpunan Warga Emas Terbesar 

    Bandar Sibu menerusi Federation of Foochow Association berjaya mencipta rekod Perhimpunan Warga Emas Terbesar dengan seramai 1500 peserta hadir dalam perhimpunan tersebut.

    7. Hiasan Krismas Bertemakan Belon Terbesar 

    Hiasan belon tahun 2016 (Kredit Foto: Jimmy Lo)

    Pada tahun 2016, Boulevard Shopping Mall Kuching berjaya mencipta rekod baru menerusi “Biggest Christmas Themed Maze of Balloons” dengan hiasan Krismas belon berukuran 46.1m (panjang) dan lebar 18.1m.

    Rekod pada tahun 2013 (Kredit Foto: De Jackie Inspirations)

    Hasil kerjasama antara Boulevard Shopping Mall Kuching dengan De Jackie Inspirations ini berjaya memecahkan rekod terdahulu yang mereka catatkan pada tahun 2013 dengan ukuran 40m panjang dan lebar 16m.

    Comments

    comments