1. Tidak ada tol, jadi tidak perlu risau nak topup kad Touch ‘n Go atau smart tag
Kalau di Semenanjung, sebelum travel ke satu-satu lokasi kena kaji dulu laluan jalan untuk kenalpasti berapa tol yang akan dilalui dan dicari juga jalan alternatif yang tidak mempunyai tol. Kalau ada 2-3 tol, nak ulang alik boleh tahan juga belanja nya.
Sekiranya di Sabah dan Sarawak, anda tidak perlu risau dan runsing soal tol atau kenaikan bayaran tol. Bergerak saja ke daerah atau bandar manapun, memang tidak ada tol.
2. Amat jarang sekali kedengaran bunyi hon kereta. Selain itu, kereta slow di line kiri dan kanan.
Saat memandu di Sabah atau Sarawak, memang agak jarang kedengaran bunyi hon kenderaan.
Seperti kata Cikgu Emmet “Bunyi hon kereta adalah kejanggalan di Sarawak. Ia biasanya dibunyikan untuk mengisyaratkan pemergian kita selepas melawat rakan atau biasanya di sebut hon untuk persahabatan atau pun dalam situasi cuba memotong kenderaan besar”.
Selain itu, kadar kelajuaan pemanduan di jalan lokal pun agak perlahan, sekitar 40-60km/j di line kiri dan kanan, termasuklah juga kenderaan berat. Jadi, tidak perlulah terlalu ghairah berlum-lumba dan mahu potong-memotong kenderaan lain.
3. Roundabout memang banyak, pelbagai saiz dan ia turut dihiasi dengan replika yang melambangkan identiti daerah
Bilangan roundabout memang tidak terkira jumlahnya di bandar-bandar di Sarawak dan Sarawak. Lalu saja beberapa kilometer pasti akan ada roundabout.
Saiz roundabout pula dari yang kecil hinggalah yang besar, semuanya ada.
Di Sabah, roundabout di tiap daerah akan dihiasi dengan monumen, tugu atau replika yang melambangkan keunikan serta identiti daerah tersebut.
4. Perkhidmatan van lebih popular dari bus dan teksi di sebahagian bandar atau pekan.
Bagi sebahagian kawasan bandar atau pekan, penggunaan perkhidmatan van adalah lebih popular daripada penggunaan bus dan teksi.
Umpamanya di Pekan Kapit, Sarawak, perkhidmatan van tambang adalah pengangkutan awam yang paling utama penduduk lokal.
5. Seawal 6.00pagi, hari sudah mula cerah dan sinaran cahaya matahari mula menerangi segenap tempat
Kalau di Borneo ini, sekitar 6.00pagi sudahpun beransur cerah dan sekitar 6.00petang pula sudah mula gelap. Jadi, perlu biasakan diri.