15 Ogos 2016 – Hasil ciptaan pelajar Sekolah Maktab Sabah iaitu O’dell Obrien Gapitar berjaya merangkul anugerah global diperingkat antarabangsa di Korea 3rd Creative Invention Contest (CiC) 2016 yang telah berlangsung dengan jayanya di Korea pada 9 hingga 15 Ogos 2016 yang lepas.
O’dell Obrien Gapitar yang baru berusia 19 tahun dan sedang menuntut di Tingkatan 6 Atas, Sekolah Maktab Sabah berjaya mendapat anugerah pingat emas menerusi hasil ciptaannya iaitu Sonic Eye.
Sonic Eye adalah peranti yang dicipta menggunakan blok Lego untuk membantu orang buta meningkatkan mobiliti mereka.
Ciptaan oleh O’dell Obrien Gapitar berjaya menewaskan hasil kerja peserta-peserta lain, termasuk peserta dalam kalangan jurutera dan pensyarah universiti pelbagai negara, demikian dilaporkan oleh portal berita Daily Express.
Terdahulu, O’dell Obrien Gapitar telahpun berjaya memenangi pingkat emas diperingkat negeri dan ciptaannya Sonic Eye turut memenangi Rotarians’ Choice Award, sebelum ini.