Sekiranya pernah berkunjung ke Sabah atau Sarawak, anda akan dengan mudah menjumpai kereta pacuan empat roda 4×4 seperti Toyota Hilux, Triton, Isuzu Dmax, Nissan Navara, Ford Ranger dan lain-lain di serata tempat di kedua-dua negeri itu.
Berikut adalah antara sebab kenapa pacuan empat roda 4×4 menjadi pilihan kita di Borneo:
1. Kondisi jalan raya yang agak kurang kualitinya terutamanya jalan kampung, jalan balak. Dengan adanya pacuan empat roda 4×4, senang bergerak ke mana-mana
Dengan adanya pacuan empat roda 4×4, adalah lebih senang bergerak ke mana-mana terumatanya untuk balik ke kampung yang kondisi jalannya masih tidak begitu baik.
2. Kegunaan harian ke tempat kerja dan kegunaan keluarga
Sekiranya tempat kerja seperti kem balak, ladang kelapa sawit, maka pemilikan kereta ini adalah sesuai dengan keperluan pengangkutan yang digunakan ke tempat kerja.
Selain itu, ia juga kereta yang sesuai digunakan untuk seisi keluarga.
3. Menjadi trend, kereta idaman kebanyakan kaum lelaki
Seperti impian kebanyakan kaum lelaki yang pasti mahu memiliki sebuah kereta sport, miliki pacuan empat roda adalah impian yang lebih dekat dan nyata serta lebih mudah untuk direalisasikan.
4. Kadar cukai jalan yang lebih rendah di Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung
Kadar cukai jalan di Sabah dan Sarawak adalah lebih rendah kerana 2 faktor utama iaitu “keadaan geografi, jarak perjalanan serta tahap kemudahan dan prasana jalan raya yang disediakan sangat berbeza”, demikian menurut laporan Paultan.org yang memetik kata Pengarah Jabatan Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kadar cukai itu boleh disemak di portal JPJ.