Bengkel Sape buat julung kalinya akan didadakan di Kuala Lumpur bagi memberi pendedahan dan pengalaman secara praktikal kepada orang ramai yang mahu mengetahui dan mempelajari tentang instrumen ini.
Bengkel Sape anjuran kumpulan KL Sape’ Community ini akan mendapat sentuhan daripada pemain-pemain Sape yang cukup terkenal iaitu :
- Munirih Jebeni
- Rosemary C. Joel
- Saufi Sape’ Star
- Lesli anak Eli
- Anderson Kalang dan
- Alena Murang
Bengkel ini direka bentuk secara khusus bagi mereka yang mempunyai sedikit pengetahuan tentang Sape dan mahu tahu serta berminat mendalami lagi pengetahuan tentang Sape.
Bengkel sepanjang 2 jam ini meliputi 3 aspek utama iaitu Sejarah Sape, Showcase tentang Sape dan pembelajaran Sape secara hands-on.
Bengkel Sape akan diadakan pada 21 Januari 2016 (Sabtu), 1.00pm – 3.00pm bertempat di RUANG @ Think City, 2nd Floor, 2 Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur.
Yuran penyertaan atau tiket bagi bengkel ini hanya RM35 seorang (early bird) dan RM50 sekiranya walk-in.
Tempat bagi penyertaan bengkel yang buat julung kalinya diadakan ini adalah terhad.