Serit Banyan berasal dari Nanga Linsom, Ulu Layar Betong, Sarawak. Beliau yang memiliki kelulusan Master of Science (Human Communication), UPM (2011) bertugas sebagai seorang pensyarah di School of Liberal Arts and Sciences, Taylor’s University (Subang Jaya).
Sungguhpun sudah memiliki pendapatan dan kerjaya yang stabil, itu tidak menghalang Tuan Serit terus menceburi bidang yang beliau minati iaitu bisnes dan mengecapi impian mahu jana pendapatan bulanan yang mencecah 5 angka.
Seawal tahun 2015, Tuan Serit memilih untuk terlibat dalam bisnes dengan menjadi agent kepada produk Perfume DeXandra kerana beliau tertarik dengan strategi marketing yang dikeluarkan oleh pihak HQ produk berkenaan.
“Pada mulanya, saya hanya mencuba sahaja. Namun tak sangka sambutan amat menggalakan hingga saya selalu kekurangan stok produk. Pada bulan pertama, saya mampu jual 100 botol dan jumlah jualan sentiasa meningkat sehingga pada bulan Januari dan Februari 2016 saya mampu jual lebih 1000 botol dalam masa sebulan” katanya.
Belum pun genap setahun menjadi agent produk, Tuan Serit telahpun dilantik menjadi stokis kawasan Serdang, Selangor pada April 2016 berdasarkan prestasi beliau yang cemerlang sebagai seorang agent produk. Kini, beliau memiliki lebih daripada 100 orang agent dan dropship yang membantunya memasarkan produk DeXandra.
“Impian untuk dapat 5 angka pendapatan bulanan sudah menjadi kenyataan. Purata sales bulanan adalah RM60k sebulan. Saya sangat gembira bila saya dapat membantu ramai orang tambah pendapatan sampingan. Ada antara agent saya dapat income sebanyak RM4k hingga RM8k sebulan walaupun mereka hanya suri rumah sahaja. Dengan program mentoring yang ada, saya membantu sesiapa sahaja yang nak berniaga secara online untuk menambahkan income bulanan” ujarnya lagi.
Selain menikmati kebebasan dari segi kewangan, kejayaan beliau dalam bisnes yang diceburi itu juga membuatkan beliau tidak perlu lagi selalu risau tentang perbelanjaan bulanan, beliau juga dapat bawa keluarga bercuti ke luar negara, dapat bantu ramai orang tambah income, dapat beli kereta idaman, tambah hartanah di Klang Valley dan dapat bantu keluarga.
Tuan Serit turut memberitahu, sejak dari zaman universiti lagi beliau sememangnya meminatkan bidang perniagaan. Beliau berniaga buat pertama kalinya dengan menjadi promoter produk Celcom pada tahun 2008.
Beliau juga menubuhkan team sendiri dan membuka booth jualan di PWTC, The Zouk dan di Mid-Valley. Apapun beliau terpaksa korbankan apa yang disukainya dalam bidang perniagaan bila menyambung pengajian di peringkat Sarjana pada tahun 2009. Sehinggalah tamat pengajian Sarjana pada tahun 2011, minat berniaga timbul kembali.
Beliau kemudiannya fokus pada online business dengan menjual produk berasaskan rumpai laut pada tahun 2013. Pada mulanya, perniagaan berkembang dengan baik, namun selepas itu, ada beberapa masalah hingga beliau terpaksa berhenti.
Selepas perniagaannya gagal, beliau berehat untuk beberapa tahun sehingga tahun 2015 sebelum memutuskan untuk berniaga kembali pada September 2015. Bertitik tolak dari semangat tidak putus asa dan mahu terus bangkit mencuba itulah yang membolehkan beliau kini menjadi stokis yang berjaya dan menjana pendapatan sampingan yang lumayan serta pernah mendapat reward sebagai top Agent Jan & Feb 2016 (DeXandra).
“Untuk menceburi bidang perniagaan, minat sahaja tidak mencukupi. Apa yang penting adalah kekuatan hati dan semangat yang tinggi. Berniaga bukan bermaksud hari ini berniaga esok jadi kaya. Kita harus sabar menunggu hasil yang diharapkan. Seorang peniaga juga mesti amanah dan jujur untuk memastikan orang percaya dengan kita” katanya.
Selain komitmen di tempat kerja, keluarga, terlibat aktif dengan persatuan Dayak dan NGO Dayak di sekitar Lembah Klang dan pada masa yang sama mahu menguruskan bisnes, sudah tentu banyak dugaan. Kata Tuan Serit, cabaran utama adalah pengurusan masa dan juga bagaimana kita kekalkan momentum. Sebagai seorang pekerja sepenuh masa, masa amatlah terhad. Banyak perkara harus dikorbankan untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar. Kini beliau boleh merasa lega kerana ada seorang staff sepenuh masa dan 2 orang part-timer yang membantunya dari segi operasi bisnesnya.
“Sebagai perantau, kita harus luaskan connection. Memang baik jika kita sentiasa bergaul dengan kawan-kawan yang sama kaum dan agama tetapi untuk maju ke hadapan kita mesti berinteraksi dengan masyarakat lokal” katanya.
“Jangan dilupa, Tuhan dan agama juga sangat penting dalam kehidupan sebagai seorang peniaga. Jika mahu berniaga kita kena berdoa dan minta pimpinan Tuhan. Bagi yang Kristian, jangan kedekut untuk memberi kepada rumah Tuhan. Sikap pemurah dapat menjauhkan kita dari sikap tamak akan duit. Ramai orang yang tak faham dengan konsep memberi. Ramai yang takut memberi tapi untuk menerima kita harus memberi terlebih dahulu” pesan Tuan Serit.