Saat terjumpa beg tangan yang berisi wang beribu ringgit dalamnya, dan tidak ada siapa-siapa di sekeliling yang sedang memerhati, bolehkah kamu melawan godaan untuk menyimpannya atau memulangkannya kepada pemilik asal?
Kisah yang ingin dikongsikan dengan para sahabat Borneodihati kali ini adalah kisah benar melibatkan beberapa individu biasa seperti kita yang terjumpa wang beribu ringgit di tempat awam. Lalu apa yang mereka akan buat dengan wang yang dijumpai itu? Mari kita sama-sama ikuti kisah mereka:
1. Mohd Syaqir Japarudin berusia 17 tahun dari Sabah terjumpa sebuah beg berisi RM1600 di tandas sebuah masjid.
Saat terjumpa beg itu, remaja bernama Mohd Syaqir telah memeriksa beg tersebut. Selain wang tunai, dia turut menemui dokumen yang mengandungi butiran perhubungan tuan empunya beg.
2.Pelajar tingkatan satu Amir Azizan Hashim yang baru berusia 13 tahun ketika itu menemui beg tangan berisi matawang Singapore berjumlah $S15’000 (RM37,500).
Amir tidak mengambil beg itu kerana dia sentiasa ingat akan didikan ibu dan berpesan ibu, apabila terjumpa barang orang lain, kenalah pulangkan semula kepada pemilinya.
3. Cheah Keng Keong yang ternampak beg terjatuh daripada sebuah kereta mendapati beg itu berisi wang tunai RM4000 dan dokumen pengenalan diri.
4. Tukang kimpal bernama Ahmad Razif Ahmad Razali, 27 tahun menjumpai wang RM5000 di atas jalan raya hadapan sebuah bank.
Ahamad Razif menyerahkan wang tunai tersebut kepada pihak polis dan kemudianya dituntut oleh pemiliknya. Sebelum ini pun beliau pernah terjumpa 3 buah dompet yang dikembalikan kepada pemilik asal.
Tidak kira sekecil manapun perbuatan “baik” itu, kita tetaplah setia dalam melakukannya demi kepentingan sesama kita.