Cikgu Syazwan nak bawa anak pedalaman pergi ujian kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Sebagai cikgu pedalaman, kita lah yang jadi ibu bapa mereka untuk urusan sedemikian. Harapnya urusan anak-anak pedalaman ini dipermudahkan insyaAllah amin.

Jadi, sebelah petang ada dua orang ibu murid datang rumah tanya pergerakan anak mereka. Salah seorang dari ibu murid ini hulur RM50 dekat aku.

“Cikgu tolong ku meli baju ngau kasut, kalau tidak cukup, cikgu pakai duit cikgu dulu, nanti beritahu saya yer”.

Aku renung wajah sayu dan suram ibu murid tersebut tapi penuh dengan pengharapan. Aku senyum dan tolak tangan ibu tersebut.

“Takpe ibu, saya tolong belikan nanti, simpan duit tu. Jangan risau, nanti saya tengokkan dia di pasar”.

Sudah selesai berbincang, pulanglah si ibu membawa perahu usang dan meletakkan 1001 harapan semoga anaknya mampu menjadi seorang “insan” kelak.

Jadi, aku nak kongsi dengan kamu, mereka, korang kat luar sana. Anak pedalaman, juga punya impian. Juga punya cita-cita. Jangan pandang rendah dengan mereka.

Yes, guru memang sebagai pemudah cara. Sebagai perantara. Bahkan guru juga sebagai penggerak. Sebagai penasihat pun guru juga.

Meniti tahun keempat sebagai pendidik di pedalaman, bermacam ragam, pengalaman yang “mahal” diperoleh di daerah sepi ini.

Bilamana “moment-moment” yang selalu aku tengok dekat drama-drama TV tentang kesukaran hidup ini, terjadi depan mata sendiri mulalah terbit keinsafan dalam diri.

Semoga terus kuat mendidik anak pedalaman sini sehinggalah dapat pindah mengajar tempat sendiri satu masa nanti.

Comments

comments