Pasangan dari Belgium Bawa Scooter Honda dari Sibu, Melancong ke Kapit Sarawak

1394

Sewaktu ke Sibu hujung minggu ini, saya terserempak dengan pasangan dari Belgium yang baru datang ke Kapit.

Van Basten dan pasangannya menyewa sebuah scooter Honda selama sebulan dengan harga RM300!

Mereka membawa motor ini ke Kapit! Mereka meletak dan membawa motor ini di atas bot ekspress dan mengembara dengan gembiranya!

Lalu saya bertanya, mengapa datang ke Kapit?

“We just want to try local fruit like Mawang, isu, engkalak, and lots more!”

Kemudian, hari ini bila pulang ke Kapit, saya berjumpa pasangan Jerman dalam satu ekspress yang sama.

Saya menegur mereka apabila mereka mahu turun ke Song.

“This is Song, not Kapit. Where you want to go?”

Dan balas si Stephan dari Liepzig ini:

“Oh ini bukan Kapit?”

Rupanya, si Stephan ini pernah mengikuti program pertukaran pelajar di UiTM Shah Alam selama setahun dan tinggal di Seksyen 24.

Dia seorang doktor! Sungguh mengejutkan apabila dapat bercakap dengan seorang Jerman dalam bahasa Melayu yang fasih seperti dalam filem Rudy Habibie dan Ainun & Habibie!

Mereka berdua suami isteri dalam perjalanan mengembara ke seluruh Malaysia dalam sebulan!

Lalu sebelum saya menuju ke sekolah, kata saya,

“Guten morgen , kindelen! Achtung!”

Comments

comments