Sekiranya ada dalam kalangan sahabat Borneodihati yang mengidamkan peluang untuk merantau ke luar negara sambil bekerja, maka inilah peluang dan masanya untuk kamu memohon Working Holiday Visa New Zealand.
Dengan jenis visa ini, pemilik visa boleh bekerja secara sah di New Zealand. Selalunya pekerjaan-pekerjaan yang dibenarkan adalah seperti horticulture, kerja ladang, kerja di hostel atau hospitaliti, pelancongan dan sebagainya.
Apa yang penting, kamu dapat bekerja untuk mengumpul wang bagi menampung perbelanjaan kos hidup disana, wang yang cukup untuk kamu melancong ke segenap tempat di New Zealand dan juga menyimpan lebihan pendapatan untuk dibawa pulang ke negara. Lebih utama, anda dapat menimbal pelbagai pengalaman baru sama ada di tempat kerja bergaul dengan pekerja asing dari pelbagai negara serta mendalami perbezaan budaya dan amalan di negara orang.
Untuk anak muda Malaysia yang ingin memohon visa Working Holiday ini yang membolehkan anda bekerja sambil bercuti menerokai New Zealand, permohonan akan dibuka pada 23 Januari 2020.
Untuk proses permohonan dan butiran lanjut, sila layari laman sesawang imigresen New Zealand.
Antara beberapa kriteria utama yang paling asas adalah, pemohon haruslah berusia antara 18 tahun hingga 30 tahun dan perlu membuktikan bahawa beliau memiliki NZ $2250 (sekitar RM6200) untuk menampung kos kehidupan di sana.