Ada yang menyarankan saya untuk melawat Sarawak Cultural Village di Kuching, kata mereka ianya adalah salah satu destinasi yang wajib dikunjungi jika berada di Sarawak.

Tidak mungkin saya akan ke sana.

Budaya sebenar di sini, rezeki kami berkesempatan untuk merasai sendiri keindahan budaya di Rumah Panjang Udin, Sg. Pakoh, daerah Selangau, Sarawak.

Datang kami untuk melihat, datang kami juga untuk merasai tetapi apa yang kami dapat lebih dari apa yang kami jangkakan.

Begitu telus cara mereka menerima kehadiran tetamu, begitu gembira kami bermesra, begitu ramah cara layanan walau ada perkataan yang kami tidak faham.

Cara mereka seolah kami sekeluarga, tiada perbezaan bangsa dan juga agama selagi mana kita ini bernama manusia.

Ini budaya, ini adat dan cara kita yang sebenarnya Malaysia. Istilah ini, semakin berkurangan di Semenanjung, maaf jika ada yang terasa, saya menulis atas rasa yang sememangnya kita lupa, tentang keindahan budaya, tentang adab dan tatacara kita yang semakin dilupa.

Malaysia, Tanahair ku cinta

Comments

comments