Dikategorikan sebagai bandar besar, Sibu antara bandar pilihan saya jika kembali semula ke Sarawak.

Saya nyatakan seringkas tentang bandar pelabuhan yang memiliki antara ‘SUNSET’ tercantik di Malaysia.

Bandar yang tidak terlalu sesak (Jika di Semenanjung mungkin seperti Ipoh). 

Menjadi ‘base’ dan penghubung di antara pekan-pekan kecil di muara Sg. Rajang.

Jarak dan masa untuk ke lokasi menarik dalam Bahagian Sibu boleh dilakukan secara day trip.

Sesuai untuk trip budget. Kadar harga untuk makanan dan penginapan sangat berpatutan.

Untuk short trip, 4 hari 3 malam sudah cukup untuk explore hingga ke muara. Antara lokasi menarik di Bandar Sibu;

1) Bukit Aup – kawasan rekreasi dan juga tempat ritual untuk sesuatu upacara.


2) Sibu Waterfront – Wharf, Local ferry, Port
3) Rejang Esplanade – Sunset, Coffee
4) Tempat menarik sekitar pusat bandar Sibu – Sibu Night Market, Tua Pek Kong Temple, Pasar Central Sibu, Sibu Gateway, Oldest Muslim Cemetery, Masjid An- Nur dan Yu Long Shang Tian En Shi Temple


5) Foods/ Drinks – Harmoni Food Court (Umai jeg, cucur jagung udang), Sumber Rejeki (Nasi Kak Wok), Nasi Ayam Amoy, Teh C Layer, Teh/ Kopi C Peng


6) Penginapan boleh survey sendiri. Rate between RM 35 – RM 60 per night, sesuai untuk trip budget.
7) Transport – Grab/ Mini Van/ Local Bus

Pernah tengok movie Young and Dangerous? Begitulah Sibu, Hong Kong Malaysia!

Comments

comments