Program Sarjana dan PhD Bahasa Kadazandusun di UPSI

2018

Kelayakan umum untuk Program Master Bahasa Kadazandusun

  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan pencapaian minimum CGPA 2.75 atau CGPA yang boleh dipertimbangkan oleh Fakulti ATAU kelulusan yang setaraf daripada mana-mana institusi pengajian tinggi lain
  2. Lain-lain kelayakan yang boleh dipertimbangkan oleh Senat Universiti
  3. Kelayakan tambahan, calon boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Kadazandusun

Kelayakan umum Untuk Program PhD Bahasa Kadazandusun

  1. Mempunyai Ijazah Sarjana daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang dikitiraf oleh Senat Universiti.
  2. Lain-lain kelayakan yang boleh dipertimbangkan oleh Senat Universiti
  3. Kelayakan tambahan, calon boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Kadazandusun

Mod Pengajian : Sepenuh masa atau secara sambilan

Bahasa Penulisan Tesis : Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

Tempoh Pengajian : 

  • Program Master 4 semester (2 tahun) – 6 semester (3 tahun)
  • Program PhD 6 Semester (3 tahun) – 12 Semester (6 tahun)

Pelajar hanya perlu mendaftar dan menghadiri kursus kaedah Penyelidikan pada semester pertama di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penyelia akan datang ke Sabah untuk penyeliaan atau bimbingan pelajar.

Bagi yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

  1. Dr. Rosliah Kiting – 0138761011
  2. Dr. Norjietta Taisin – 0145565008
  3. Minah Sintian – 0194074480

Comments

comments