Permohonan adalah terbuka kepada anak-anak Sarawak yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang memohon Skim Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak untuk melanjutkan pelajaran di
- Swinburne University of Technology Sarawak Campus
- Curtin University of Technology Miri Campus
- University College of Technology Sarawak, Sibu
Kriteria Permohonan
- Terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan peringkat Matrikulasi/Asasi/A-Level/Diploma/STPM atau yang setaraf dengannya dan mereka yang dalam pengajian dengan institusi berkenaan, yang sedang dalam pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA sekurang- kurangnya 3.0 dan ke atas.
- Sifat kepimpinan yang tinggi dan penglibatan yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum merupakan kriteria tambahan yang boleh menyokong permohonan (sila kepilkan salinan sijil/dokumen yang telah disahkan).
- Pilihan kursus yang ditawarkan adalah terbuka kepada semua kursus pengajian Ijazah Sarjana Muda.
Prosedur Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat secara “online” melalui laman web Yayasan Sarawak (www.yayasansarawak.org.my)
- Permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi masing-masing beserta salinan dokumen sokongan dan sijil yang sudah disahkan
Alamat Universiti
- Swinburne University of Technology Sarawak Campus Jalan Simpang Tiga, 93350 Kuching
- Curtin University of Technology Miri Campus CDT 250, 98000 Miri
- University College of Technology Sarawak 868 Persiaran Brooke, 96000 Sibu
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan hendaklah sampai ke alamat seperti pada selewat-lewatnya pada Jumaat, 7 April 2017
Hanya calon yang telah disenaraipendek dan ditapis sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.
Yayasan Sarawak berhak untuk mengubah mana-mana kandungan pada iklan ini.