Borneodihati.org – Mohamad Faizal Bin Ismawi yang berusia 30tahun adalah anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Beliau yang berasal dari kelahiran Kuching, Sarawak memberitahu sejak usia kecil lagi beliau memang memasang impian untuk membuka dan menjalankan perniagaan hotel sendiri.
Akhirnya, pada tanggal 1 Mei 2016 yang lepas, cita-cita ini menjadi realiti apabila beliau dengan rasminya mengoperasikan sebuah hotel iaitu Aira Hotel yang berada di lokasi yang agak strategik di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.
Kedudukan Aira Hotel berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik di sekitar jalan Chow Kit, Jalan Raja Laut serta Jalan Tar.
Sebelum menceburikan diri dalam perniagaan ini, Mohamad Faizal yang mendapat pendidikan awal di SMB St Joseph dan Universiti Putra Malaysia (UPM) – Sarjana Muda, pernah bekerja selama 4 tahun di Syarikat Multinasional di bahagian ‘sales dan marketing’ dan ‘customer service’.
Seterusnya beliau mengambil keputusan menyambung pengajian peringkat Sarjana dalam ‘Business Administration’ di Newcastle University, UK. Menurut Mohamad Faizal, beliau mendapat inspirasi merealisasikan cita-cita membuka perniagaan hotel sendiri bila berada di UK.
“Ketika di UK, saya banyak berkawan dengan hotelier bila melancong sekitar Eropah dan cuba mempelajari konsep dan selok belok perniagaan Hotel. Pengajaran dan pengalaman yang dipelajari memberi keyakinan untuk cuba membuka hotel di Kuala Lumpur” kata beliau.
Ketika ditanya kenapa beliau memilih menyeburi bidang perhotelan, Mohamad Faizal memberitahu “perniagaan hotel ini saya lihat banyak peluang dan potensi”.
“Walaupun dengan keadaan ekonomi yang lembap, serta faktor-faktor lain yang boleh menjejaskan industri perhotelan, statistik menunjukkan kadar peratusan pelancong yang masuk ke Negara masih di peringkat yang memberangsangkan”.
‘Travel and Tourism’ adalah indusri yang mempunyai pertumbuhan yang paling tinggi”.
“Pada masa yang sama, kebanyaakan ‘travellers’ sama ada locally atau internationally banyak berubah persepsi di mana focus terhadap perbelanjaan penginapan yang mewah telah berubah kepada perbelanjaan yang lebih berpatutan.”
“Kebanyakaan travellers lebih memilih kepada lokasi serta kelebihan daripada kawasan persekitaran untuk dijadikan faktor menginap di sesebuah hotel. Faktor-faktor ini telah meyakinkan saya untuk membuka hotel di Bandaraya Kuala Lumpur” ujar beliau.
Sudah tentu banyak cabaran untuk memulakan bisnes di kotaraya besar, terutamanya melibatkan modal, apatahlagi dalam bidang perhotelan.
Namun menurut Mohamad Faizal, beliau tidak memerlukan jumlah modal yang besar kerana beliau agak bertuah kerana beliau bukan mengambil alih pengurusan hotel yang sedia ada tetapi beliau terus berjumpa dengan tuan bangunan untuk menjalankan operasi perniagaan hotel.
“Bangunan tersebut telah dilengkapi kemudahan dan fasiliti yang sedia ada di mana hanya memerlukan operator hotel untuk menguruskan nya. Modal hanya diperlukan untuk membuat sedikit pengubahsuaian di bahagaian yang diperlukan sahaja” tambahnya lagi.
“Pada 5 bulan pertama agak sukar dan mencabar di mana perbelanjaan banyak diperlukan untuk ‘repair & maintenance’ bagi memastikan hotel dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan.”
“Ini sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan hotel terutama dalam situasi di mana AIra Hotel belum lagi berkembang dan dikenali orang ramai. Penambahbaikkan juga dilakukan dan ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi” kata Mohamad Faizal.
Kadar penginapan hotel (occupancy rate) pada 4 bulan pertama agak rendah iaitu di bawah 50% dan bertambah baik terutama nya memasuki ‘high peak season’ dan setelah pelbagai promosi dilakukan.
Menurut beliau, kebanyakan orang Sarawak dan Sabah memilih Aira Hotel kerana berdekatan dengan Maju Junction, Sogo, Pertama Kompleks, GM Plaza, Tar Plaza serta pusat membeli belah seperti Sunway Putra dan Quill City Mall.
Jarak antara Hotel ke Bukit Bintang dan KLCC cuma 20 minit menggunakan kenderaan. Pengangkutan awam seperti LRT dan Monorail hanya 2-3 minit jarak berjalan kaki.
Jika dibandingkan dengan hotel-hotel sepanjang jalan raja laut, Aira Hotel mempunyai ‘ratings’ yang agak tinggi iaitu 8.1 di dalam Agoda.
“Secara jujur, Aira Hotel sentiasa memastikan pelanggan berada di dalam keadaan yang selesa dengan memberikan perkhidmatan bertaraf 5 bintang. Kami di Aira Hotel akan sedia membantu dalam segala masalah dan pertanyaan pelanggan”
“Saya juga dalam perancangan untuk menambah baikkan hotel daripada budget hotel ke ‘modern looking boutique hotel’. Ini akan meningkatkan lagi imej Aira Hotel dan meyakinkan orang ramai untuk berkunjung ke hotel kami” katanya.
“Nasihat saya kepada orang muda yang ingin berniaga, pada pendapat saya yang paling penting adalah perancangan yang rapi. Proposal serta ‘financial cash flow projection’ perlu dibuat bagi membolehkan analisa dibuat dan mengenali kekuatan dan kelemahan yang ada. Selain itu, sentiasa merendah diri dan berkawan dengan orang-orang yang betul” pesan Mohamad Faizal.