Sukarelawan Berpeluang Selami Budaya dan Tradisi Komuniti Rumah Panjang di Miri, Sarawak

453

Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN Ke Miri, Sarawak 2017 yang disertai seramai 121 orang sukarelawan siswa sedang giat menjalankan kerja komuniti sejak ketibaan mereka di Miri pada 9 Februari 2017 yang lalu.

Para sukarelawan ini berkampung di Miri, Sarawak sehingga 26 Februari 2017 dan sepanjang tempoh ini mereka melaksanakan kerja sukarelawan di 5 buah kampung terpilih iaitu (1) Rumah Panjang (Rh) Buddy & (2) Rh Rawing di Daerah Beluru, (3) Rh Ayai & (4) Rh Mentali di Bekenu serta di (5) Kampung Lajong, Niah.

Para sukarelawan siswa yang terlibat bukan saja mengadakan sesi ‘Fun Learning’ yang menekankan penguasaan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, tetapi juga berpeluang berinterasi serta mendalami sendiri pelbagai tradisi dan budaya komuniti setempat, terutama budaya hidup di rumah panjang.

Foto dibawah menunjukkan empat orang sukarelawan iaitu Moo Pei Siang (Polteknik Shah Alam), Sahkilla manivannan (Politeknik Metro Kuala Lumpur), Ruban a/l Jaye Raman( UPSI) dan Le Nguyen Thuy (International University, Vietnam) lengkap dengan pakaian tradisional masyarakat Sarawak. 

Selain itu, sukarelawan siswa juga membantu membaiki fasiliti sekolah dan kawasan kampung seperti menyimen laluan pejalan kaki serta melukis mural dan mengecat bangunan sekolah.

Program pendidikan kesihatan dan saringan kesihatan percuma juga dijalankan untuk penduduk kampung.

Lebih menarik lagi misi kali ini turut disertai 4 orang mahasiswa dari negara ASEAN iaitu dari Lao PDR dan Vietnam. Penglibatan mahasiswa dari negara ASEAN ini membuktikan YSS komited dalam mempromosikan semangat ASEAN dalam kalangan mahasiswa.

Comments

comments