Tercapai misi untuk menjejakkan kaki ke dua buah kawasan tanah tinggi di Sarawak, Bario dan Ba’kelalan.

Jika di Semenanjung, mereka ada Cameron Highlands dan Genting Highlands, di Sarawak kami ada Bario dan Ba’kelalan.

Walaupun pada hakikatnya Bario dan Ba’kelalan terletak di kawasan tanah tinggi yang seakan-akan sama landskapnya, namun sudah pasti masing-masing punya kelebihan dan keunikannya yang tersendiri.

Majoriti penduduk di Bario dihuni oleh etnik Kelabit. Tidak hairanlah nama Bario juga dikenali sebagai Kelabit Highlands manakala Ba’kelalan pula dihuni oleh etnik Lun Bawang.

Di sini aku kongsikan sedikit info bagaimana untuk pergi ke kedua-dua tempat ini dan aktiviti yang boleh dilakukan di sana.

Bario

Perjalanan ke Bario:  

  • Jalan udara -“twin-otter” dari Miri (ada juga transit Marudi)
  • Jalan darat – 13 jam dari Miri

Twin-otter ke Bario atau Ba’kelalan

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ketika berada di Bario:

  • melihat penghasilan garam di “salt spring”
  • trekking Bukit Doa
  • melihat kawasan sawah padi
  • merasa nenas, beras dan garam Bario

Pemandangan dari Bukit Doa, Bario

Ba’kelalan

Ba’kelalan ialah kawasan pedalaman Sarawak yang terletak di tanah tinggi Maligan. Kedudukannya hanya 4km dari sempadan Kalimantan Indonesia dan 150km dari pekan terdekatnya, Lawas.


Bagi sesiapa yang pernah ke Bario, landskap dan pemandangan yang terdapat di Ba’kelalan tidaklah terlalu asing bagi mereka.

Sawah padi yang terbentang luas, gunung-ganang yang mengelilingi kampung-kampungnya serta keramahan penduduknya yang tidak pernah lekang dengan senyuman menyambut tetamu.

Perjalanan ke Ba’kelalan:  

  • Jalan udara-“twin-otter” dari Miri (ada juga transit Lawas)
  • Jalan darat- 4 jam dari Lawas

Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan ketika kamu berada di Ba’kelalan:

  • trekking Pa Sarui Viewpoint
  • trekking Sungai Pa Kumap
  • pergi ke sempadan Malaysia-Kalimantan Indonesia (Long Midang)
  • melihat penghasilan garam di “salt spring”
  • melihat kawasan sawah padi
  • merasa nenas, beras dan garam Ba’kelalan.

Secara keseluruhannya, kedua-dua kawasan ini sesuai buat mereka yang sukakan aktiviti “outdoor” dan “nature”.

Penginapan dan makanan disediakan jika anda menginap di homestay samada di Bario atau Ba’kelalan.

Recommended Homestay:

  • Bario-Labang Homestay(RM90/pax/night)
  • Ba’kelalan-Uncle Sang Homestay(RM80/pax/night)

Comments

comments