Di serata negara di dunia ini, orang ramai sanggup mengorbankan waktu tidur mereka dan beratur semalaman hanya untuk membeli sesuatu yang sangat didambakan, termasuklah barangan seperti smartphone baru, produk bergaya yang mewah atau berjenama, tiket konsert, makanan dan sebagainya.
Keghairahan untuk menjadi individu terawal yang dapat memiliki sesuatu produk menyebabkan pengguna sanggup beratur berjam lamanya hingga ada juga yang menunggu sampai keesokkan harinya.
Bagaimana pula dengan para sahabat Borneodihati? Berapa lama kamu sanggup beratur untuk mendapatkan sesuatu produk atau perkhidmatan ya?
Budaya “beratur” panjang yang kian menjadi-jadi ini ternyata membuka peluang bisnes baru apabila ada individu yang mula menawarkan perkhidmatan “beratur” kepada pelanggan dan menjadi “lubuk’ pendapatan kepada mereka.
Ini kerana kebanyakan orang yang mampu membeli barang-barang ini mempunyai wang, tapi mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk berbuat demikian. Ada juga pembeli yang memang tidak suka beratur dan menunggu lama untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.
Menyedari hakikat itu, di Singapore umpamanya, terbentuk sebuah startup bernama IQueue’s yang menawarkan servis “beratur”.

1. Startup yang diasaskan 2 orang anak muda iaitu Jeffrey Tan dan Zin Nu Aye menawarkan beberapa pakej “perkhidmatan beratur profesional” untuk pelanggan mereka.
Pakej termurah perkhidmatan beratur adalah 1jam yang berharga $20 (RM60) dan pakej paling mahal adalah perkhidmatan beratur selama 18jam bersamaan $250 (RM750).

2. Robert Samuel, pengasas Same Ole Line Dudes di bandar New York menjana lebih $ 2,000 (RM8200) seminggu hanya dengan servis beratur.
Untuk pertama kalinya dia berjaya meraih $ 325. Sebagai rekod tertinggi, Robert berhasil mendapat $14,000 dalam satu hari hanya berbaris menunggu giliran mendapatkan iPhone bagi pihak pelanggannya.
3. Desmond Roldan, 15 tahun, menawarkan perkhidmatan berbaris di Austin, Texas, sebuah bandar yang terkenal dengan restoran BBQnya yang luar biasa.
Dia beratur untuk pelangganya membeli makanan di Franklin BBQ. Selama 2 tahun, dia telah memperoleh hampir $20,000 (RM80,000).
Kemudiaan dari bapa saudaranya, dia mendapat tahu bahawa orang ramai terpaksa berbaris panjang di Franklin BBQ – salah satu restoran BBQ terbaik di Amerika dan pelanggan secara purata ketika menunggu selama enam jam sebelum boleh memesan daging BBQ kegemaran mereka.