Kenangan Pada Ibu Bapa Yang Sudah Lama Meninggalkan Kita

    663

    Selalunya jika saya buat motivasi dan slot sentuh qalbu, murid dan ibubapa serta guru-guru (terutama perempuan) akan mengalirkan air mata.

    Semalam, saya menyampaikan ceramah motivasi di SK Sitang Petag Padawan.

    Semasa guru besar Encik Muji Askha membuat ucapan penutup, beliau bungkam, tunduk sebak dan menutup mulut lantas mengeleng-gelengkan kepala.

    “Maafkan saya, saya tak dapat terus berucap, kerana terlalu sedih” kata guru besar.

    Saya pun memeluknya dan mengosok belakangnya supaya beliau tenang dan mengiringi beliau duduk di kerusi.

    Beliau masih menangis.

    Itulah kuasa kenangan pada ibu bapa yang sudah lama meninggalkan kita, masih tersimpan rapi dalam hati.

    Al fatihah buat bonda dan ayahanda kita yang sudah pergi.

    Comments

    comments