“Daerah sepi kami guru pedalaman panggil, tetapi bila diteroka, pasti akan mendapat sesuatu!” demikian kata-kata yang dikongsikan oleh Cikgu Syazwan Sanosi, anak kelahiran Kelantan yang kini sudah 3 tahun mengajar di SK Nanga Pelagus, Kapit, Sarawak.
Berikut adalah beberapa pengalaman unik yang diteroka sepanjang bertugas di Pelagus, Kapit :
1. Belajar Bahasa Iban, Nyanyi Lagu Iban & Sambut Perayaan Gawai
Lepas setahun dua mengajar di sekolah pedalaman yang majoritinya anak-anak berbangsa Iban, maka guru Semenanjung juga sudah boleh bertutur dalam bahasa Iban.
Tiap kali kalau ada event, karaoke di sekolah, nyayian lagu Iban dari guru Semenanjung paling menghiburkan para tetamu yang hadir.
2. Merasa Daging Rusa Segar
Di kawasan pedalaman, memang selalu berpeluang merasa daging rusa segar yang diburu dari hutan. Siapa yang belum pernah merasa daging rusa, memang sedap daging ini dimasak kicap atau dimasak kari.
3. Ikan Segar & Berkelah di “Batu Karangan” Wong Pelagus
Hujung minggu, menjelangnya musim kemarau, maka sekitar kawasan jeram memang menjadi kawasan atau lubuk ikan.
Sekali anda menebarkan jala akan penuh sebaldi ikan yang anda dapat. Tonton Rakaman Video Menjala Ikan di Jeram Pelagus, Kapit Sarawak
4. Menikmati durian yang hanya boleh ditemukan di Sarawak
Sampai musim durian pula, guru-guru Semenanjung boleh merasa durian isu yang hanya terdapat di Sarawak.
Sungguhpun ia mirip durian biasa, namun rasanya jauh berbeza sekali, aroma dan haruman durian isu ini jauh lebih sedap dari durian biasa.
5. Air Sungai & Air Terjun Yang Menakjubkan
Persekitaran alam semula jadi yang masih terpelihara baik. Air sungai yang jernih, air terjun yang jauh dari pencemaran menjadi lokasi pilihan berhujung minggu, berehat dan bermandi-mandi bersama rakan-rakan guru.
6. Pemandangan Sekitar Sekolah Yang Hijau & Menyenangkan
Sekolah dikelilingi tumbuhan yang menghijau, sejuk mata memandang.
7. Menyelam & menembak Ikan
Sekiranya rajin berkawan dengan penduduk lokal, maka banyak aktiviti boleh dilakukan, termasuklah pergi menembak ikan di anak sungai.
“Apai indai ku bc madah, Idup jauh mesti ka ngembuan pengering enggau pengeliat ati laban nadai sapa sapa ulih di andal ka…Mina enggau pengelikun ati aja ulih kena nerus ka idup ba dalam dunya injau to. manah2 diau ba menua urg. Manah2 berkaban. Tucum ang kurang” – Syazwan Sanosi