Menjala Ikan di Jeram Pelagus, Kapit Sarawak

    2483

    Jeram Pelagus atau lebih dikenali sebagai “Wong Pelagus” sememangnya jeram yang tidak asing bagi komuniti di Kapit, terutamanya bagi mereka yang selalu ulang alik dari Kapit ke Belaga atau ke kawasan hulu sungai batang Rejang.

    Jeram Pelagus cukup digeruni orang ramai kerana kawasan jeram ini cukup bahaya dengan air sungai berarus deras dan bergelora. Tidak kurangnya juga kejadian melibatkan bot karam di kawasan ini.

    Selain itu, pengemudi bot yang mahir amat diperlukan bagi memastikan bot tidak terlanggar batu-batan yang tajam sepanjang laluan.

    Pada musim kemarau pula, kawasan jeram ini menjadi cetak dan tumpuan ikan-ikan sungai.

    Ikuti rakaman video aktiviti menjala di Jeram Pelagus baru-baru ini oleh kumpulan guru di sekolah berdekatan.

    Artikel oleh @ Syazwan Sanosi

    Comments

    comments