Legenda Bujang Senang

    2255

    Pada usia muda lagi, anak-anak di tiap pelusuk negeri Sarawak pasti pernah diceritakan tentang Bujang Senang, dan sentiasa dinasihati berwaspada tiap kali turut ke sungai.

    Menurut laporan Kosmo, Bujang Senang muncul sekitar tahun 1982 yang ketika itu membaham seorang mangsa yang merupakan seorang penghulu- Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali di Sri Aman, Sarawak.

    Kejadian yang mengemparkan itu kemudian disusuli dengan ‘Operasi Buaya Ganas” oleh pasukan Polis Sarawak bagi memburu Bujang Senang. Namun operasi tersebut buntu dan akhirnya Bujang Senang terus mengganas sehingga menewaskan seramai 13 nyawa lain antara tahun 1982 hingga 1991.

    Sehinggalah tahun 1992, ia membaham mangsa ke-14 iatu Dayang anak Bayang. Ketika itulah Bujang Senang itu dikepung, berpuluh das tembakan dilepaskan, sehingga ia tertewas.

    Pun begitu, terdapat penduduk yang percaya bahawa Bujang Senang masih wujud lagi sehingga ke hari ini.

    Comments

    comments