Tagal merujuk kepada larangan menangkap ikan di lubuk atau sungai tertentu untuk suatu tempoh yang dipersetujui oleh penduduk di sesebuah kampung. Umpamanya 1 tahun.
Larangan penangkapan ikan itu akan ditarik balik untuk sehari. Dalam tempoh 1 hari itu penduduk akan menuai hasil hidupan di lubuk atau sungai tersebut, atau lebih dikenali sebagai Pesta Tagal.
Ketika Pesta Tagal, kebiasaannya penduduk akan bergotong royong menangkap ikan. Hasilnya kemudian dibahagi-bahagi kepada penduduk.
Sistem tagal ini dikatakan berhasil mengelak berlakunya pencemaran sungai dan kepupusan ikan kerana hanya peralatan penangkapan tradisional yang digunakan oleh penduduk ketika Pesta Tagal berlangsung.
Contohnya ketika berlangsungnya Pesta Tagal di Kampung Poturidong Kiulu, Sabah, penduduk telah berhasil menuai lebih daripada 1000kg ikan sungai yang kemudiannya akan diagih-agihkan kepada para peserta yang mengambil bahagian.