Selepas tiga tahun bergelar usahawan, bekas pelajar Jurusan Pendawaian Elektrik IKBN Kinarut, Nasrul Bin Mustapha Kamal boleh tersenyum lebar hari ini apabila beliau boleh memperolehi pendapatan RM 10,000 – RM 15,000 sebulan.

Nasrul, 29 tahun ditemui dipejabat beliau dikompleks Asia City, Kota Kinabalu, Sabah cukup bersemangat bercerita tentang penglibatan beliau dalam bidang usahawan yang diceburinya.

Gelaran “budak nakal” yang diperolehinya adalah dari pengajar di IKBN Kinarut kerana kenakalan beliau seperti suka bergaduh ketika berada di IKBN Kinarut.

“Idea asal saya adalah untuk masuk offshore sebagai pekerja minyak dan gas tetapi atas nasihat kakak saya, akhirnya saya masuk IKBN Kinarut “. Tambah Nasrul selepas ditanya bagaimana beliau boleh memasuki IKBN Kinarut, Sabah.

Pelatih intake P14 itu sudah ada syarikat sendiri, Wawasan Bumi Borneo Enterprise dengan dua orang pekerja tetap dan 40 orang pekerja kontrak.

Katanya, beliau tidak menghadapi masalah dari segi melaksana projek sama ada kecil atau besar kerana mempunyai pekerja dan modal yang mencukupi.

Kelebihan yang ada pada Nasrul ialah beliau mempunyai keluarga yang terikat dengan bisnes termasuk ayah dan adik beradik yang lain. Dari segi modal pula, syarikat ayah beliau boleh membantu dari segi modal dan kepakaran jika diperlukan.

Buat masa sekarang selain melaksanakan projek sendiri, Syarikat Wawasan Bumi Borneo Enterprise juga mengagih-agihkan kerja-kerja kepada kawan-kawan yang sama bidang seperti di Daerah Tawau sebagai strategi berkongsi bisnes atau dengan kata lain ‘tolong menolong dalam bisnes’, katanya lagi.

Comments

comments