Pertama Kali Menjejakkan Kaki Ke Bumi Sabah, Sejak Itu Telah Jatuh Hati Dengannya!

534
Kredit Foto: Lano Lan

Tiba di Kota Kinabalu Sabah! Ya Allah saya sangat excited! My favorite state in Malaysia!

Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Sabah pada 2011 di Sandakan dan kemudiannya KK pada tahun 2013. Sejak itu telah jatuh hati dengannya.

Bagai ada aura ketenangan yang mengtenteramkan jiwa, ditambah bayu berbisik sepoi sepoi bahasa seakan mahu berbisik kisah kisah indah serta pokok pokok yang seakan menari mengikut rentak alunan angin.

Pemandangan pesisir pantai bertaraf dunia. Amat mengheningkan dan mendamaikan. Kinabalu yang tersergam kukuh memasak bumi. Hati tidak henti bertasbih memuji kebesaran Allah di atas kecantikan yang dikurniaNya pada Sabah. Subhanallah!

Sama seperti sebuah lagu tempatan Sabah yang menyebut mengapa perlu ke luar negara bila semuanya sudah ada di Sabah.

Fast forward. Setelah 3 tahun, tanggal 26 Februari 2017, saya kembali ke Kota Kinabalu.

Kehadiran kali ini menambahkan rasa sayang saya terhadap negeri ini. Suasananya nyaman menenangkan, pemandangannya tetap memukau ke mana sahaja kita toleh.

Gunung di sebelah, pantai di hadapan. Spectacular.

Trip kali ini saya ke Kundasang, tempatnya untuk menikmati view Gunung Kinabalu.

Menariknya, satu – satu mimpi yang saya pernah mimpi sewaktu kecil dan masih saya ingat sampai sekarang adalah berada dalam kereta dan memerhati Gunung Kinabalu di sebelah kanan saya.

Dan mimpi itu baru saya realisasikan semalam setelah 20 tahun bermimpi mengenainya. Sebijik macam dalam mimpi. Terkesima dan teruja saya.

Harapnya my next visit taklah selepas 3 tahun. Insya Allah, will make it more frequent. Rasa nak pindah cari kerja di sini terus.

Siapa yang belum pernah ke Sabah, saya highly recommend.

Auranya lain macam. Fuh, saya dah terpukul.

Comments

comments