Saya Mula Jatuh Cinta Dengan Orang Sarawak

4109

Saya, Prateeb Raj Gunasekaran, berasal daripada Tapah, Perak dan merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Pada 18 hingga 21 Jun 2017 yang lepas, saya telah menyertai Program “Nemuai To Sarawak” yang berlangsung di Pelagus, Kapit, Sarawak. Banyak pengalaman kali pertama yang dapat saya rasai menerusi penyertaan dalam program ini.

Selalunya saya menghantar dan mengambil orang di lapangan terbang di KLIA, tapi kali ini  saya sendiri mempunyai peluang dan ia adalah kali pertama saya naik flight dan sampai di Sibu, Sarawak serta dapat rasai pelbagai pengalaman baru melalui program ini.

Perjalanan dari KLIA ke Sibu, Sarawak mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Perjalanan kami kemudiannya diteruskan lagi selama 6 jam menuju ke Pelagus, Kapit dari Bandar Sibu.

Saat pertama tiba di rumah panjang, saya terkejut, sebab apa yang saya tahu mengenai rumah panjang tak sama dengan apa yang saya nampak. Sebelum ini saya hanya tahu serba sedikit tentang masyarakat Iban ataupun cara hidup mereka melalui kaca TV serta cerita kawan-kawan.

Tapi bila saya sendri merasai pengalaman dekat rumah panjang semua baru sy tahu keindahan sebenar duduk di rumah panjang macam mana masyarakat di rumah panjang.

Mereka tidak anggap kami seperti orang luar, sebaliknya mereka anggap kami semua sebagai keluarga mereka. Sangat peramah dan sporting! Banyak adat mengenai orang Iban yang dapat saya pelajari.

Selain pengamalan pertama kali minum air tuak, ini juga first time saya jumpa ikan Tapah, tidur di rumah panjang, naik perahu ke seberang, dan pengalaman pertama mengajar budak-budak sekolah SK Nanga Pelagus.

Walaupun hanya terdiri daripada 58 orang murid, namun tahap disiplin mereka memang terbaik. Banyak benda yang dapat dipelajari melalui program ini. Harap program sebegini akan diteruskan lagi.

Terakhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Ignatius Alexander Demong kerana dengan jayanya melaksanakan Program Nemuai To Sarawak yang berlangsung selama 4 hari 3 malam di Pelagus Kapit, Sarawak. Tidak lupa juga kepada Penasihat MPP Sidang 16/17, Pn Norhayati yang juga memainkan peranan selaku mak angkat kami di sana dengan melayan kerenah kami sepanjang keberadaan kami disana.

Kamek suka ngan nembiak Sarawak! – Prateeb Raj Gunasekaran

Comments

comments