UFO Tart Sandakan Kini Boleh Didapati di Kuala Lumpur

1170

Kuih UFO tart adalah ‘dessert’ yang cukup terkenal dalam kalangan warga di Sabah, terutamanya di Sandakan.

Ia mendapat jolokkan “UFO” kerana bentuk kuih itu yang seakan-akan seperti piring terbang – UFO. Di Sandakan, tart UFO ini boleh didapati dengan mudah di gerai-gerai kopi.

Kuih pemanis ini lembut, berperisa vanila dan disertakan dengan kastard yang berkrim manis.

Bagi memastikan anak-anak Borneo dan warga di Semenanjung juga dapat menikmati keenakkan UFO tart ini, Charlie’s Cafe – sebuah kafe oleh anak Borneo yang terletak di Taman Bukit Desa, Kuala Lumpur telah memperkenalkan dan menjual kuih UFO tart ini kepada pelanggan yang mengunjungi kafe mereka.

Semenjak memperkenalkan pencuci mulut ini, kafe mereka telah dikunjungi ramai warga Borneo terutamanya anak-anak Sandakan. Malah, ia juga menjadi tarikan buat kafe tersebut berikutan orang ramai yang mahu mencuba dan merasa “UFO” tart ini buat kali pertamanya.

Charlie’s Cafe adalah sebuah kafe “social enterprise”. Selain menjalankan bisnes makan dan minum, kafe ini juga mempunyai misi sosial yang membolehkan pelanggan yang mengunjungi kafe turut berpartisipasi bagi membantu anak-anak yatim, gelandangan dan pelbagai kumpulan marginal berkeperluan yang lain.

Selain UFO Sabah, kafe turut menawarkan pelbagai pilihan makan seperti Crispy Chicken Chop, Laksa Sarawak, Nasi Lemak Serai Wangi, Mee Sup dan manisan berupa Cheese Cake. Kafe ini juga mengamalkan polisi  “no pork or alcohol”.

Lokasi : Charlie’s Cafe, 29, Jalan Bukit Desa 5, Taman Bukit Desa, Kuala Lumpur

Waktu operasi Charlie’s Cafe: Isnin hingga Sabtu (10.00am – 9.30pm)

Comments

comments