Buat anak Sabah dan Sarawak yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor, berikut adalah senarai restoran dan gerai makan yang menawarkan pelbagai jenis hidangan berasaskan Borneo:
1. Sarawak’s Bowl (halal)
Sarawak’s Bowl menawarkan pelbagai jenis makanan popular Sarawak seperti laksa Sarawak, mee Jawa, mee sua, ayam pansuh dengan beras Bario, nasi lemak ayam goreng paha, mee kolok dan banyak lagi.
Restoran yang menghidangkan pelbagai jenis masakan asli Sarawak ini mula bertapak di Semenanjung menerusi cawangan pertama mereka yang beroperasi seawal tahun 2016, bertempat di Setapak Central Mall di Jalan Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.
Cawangan kedua yang terletak di Sunway Putra Mall, Jalan Putra, Kuala Lumpur pula mula beroperasi pada 9 Julai 2017 yang lepas.
Alamat :
- Cawangan Setapak Centra Mall – Lot S28 & S29, 2nd floor, Setapak Central Mall, 67, Jalan Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur
- Cawangan Sunway Putra Mall – Tingkat 4, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, Kuala Lumpur
Hari & Waktu Operasi : 10.00pagi – 10.00malam (Isnin – Ahad)
2. SALTed (halal)
SALTed adalah sebuah kafe yang menyajikan pelbagai jenis masakan Sarawak yang halal. Antara menu utama yang boleh didapati di kafe ini adalah seperti laksa Sarawak, Mee Kolok, Mee Jawa dan Beehon Belacan.
Alamat : 30-1, Jln PJU7/16A, Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Hari & Waktu Operasi:
- 10.00pagi – 5.00petang (Isnin hingga Jumaat)
- 10.00pagi – 3.00petang (Sabtu & Ahad)
3. Charlie’s Cafe (pork-free)
Antara menu yang ditawarkan kafe ini adalah seperti Crispy Chicken Chop, Laksa Sarawak, Nasi Lemak Serai Wangi, Mee Sup dan manisan berupa Cheese Cake. Kafe ini juga mengamalkan polisi “no pork or alcohol” dalam penyediaan hidangan mereka.
Alamat : 29, Jalan Bukit Desa 5, Taman Bukit Desa, Kuala Lumpur
Hari & Waktu operasi: 10.00pagi – 9.30malam (Isnin – Sabtu)
4. Restoran Pinggan Borneo (pork-free)
Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan Sabah dan Sarawak seperti Mee Kolok, Laksa Sarawak, Kuih Penjaram Kota Belud, Mee Sup, Mee Tuaran Mee Basah, Hinava / Umai, Ambuyat dan Sup Asam (untuk makan ambuyat), Rojak Mee dan sebagainya.
Alamat : 22 Lorong Sentosa 4A, Taman Bayu Tinggi 1, 42000 Klang
Waktu operasi:
- 9.00pagi – 8.00malam (Selasa – Sabtu)
- 9.00pagi – 6.00petang (Ahad)
5. 7th Mile Kitchen (non-halal)
Kafe ini cukup terkenal dengan mee kolok, laksa Sarawak dan mee tomato.
Kafe ini sentiasa dipenuhi dengan orang ramai, bukan saja warga Borneo, tetapi juga mendapat sokongan masyarakat setempat di Semenanjung kerana aroma dan rasa kolok mee yang dikatakan cukup menyelerakan serta paling mirip mee kolok di Sarawak.
Alamat : RG 24, Pangsapuri Kelana Sentral Petaling Jaya
Hari & Waktu Operasi :
- 7.00pagi – 2.30petang (Selasa – Jumaat)
- 7.30pagi – 2.30petang (Sabtu & Ahad)
6. Restoran Javian Kitchen (pork-free)
Restoran ini menawarkan pelbagai pilihan lauk Sarawak seperti ensabi goreng, miding, umai, ayam pansuh serta masakan mee seperti mee goreng basah, laksa Sarawak, mee kolok dan sebagainya.
Alamat : No.12-G Block D, Jalan Atmosphere 7, The Atmosphere, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
7. Kafe Sarawak (pork-free)
Kafe Sarawak adalah sebuah kafe yang diusahakan oleh anak Sarawak dan beroperasi awal bulan Ogos 2016.
Hidangan yang boleh didapati di Kafe Sarawak adalah seperti laksa Sarawak, mee kolok, bermacam jenis nasi goreng dan menu berasaskan mee.
Alamat : 43 A Jalan Sulaiman 1, Taman Putra Sulaiman, Ampang
Hari & Waktu Operasi :
- 7.30pagi – 10.00malam (Isnin – Jumaat)
- 8.00pagi – 10.00malam (Sabtu)
- 8.00pagi – 5.00petang (Ahad)
8. Restoran Auty Christina Laksa (non-halal)
Laksa Sarawak Aunty Christina adalah antara “jenama” yang cukup dikenali oleh komuniti di Kuala Lumpur dan Selangor dan telah beroperasi lebih 18 tahun.
Aunty Christina kini berpindah dan membuka restoran di Sea Park, Petaling Jaya dan hidangan popularnya sudah tentulah Laksa Sarawak.
Alamat : No. 26, Jalan 21/19, Sea Park, Petaling Jaya
Hari & Waktu Operasi : 8.00am – 2.00pm (Isnin hingga Ahad)
9. Restoran Ah Soon Kor (non-halal)
Menghidangkan pelbagai jenis masakan Sabah dan sentiasa menjadi tempat untuk anak Sabah menikmati Mee Tuaran.
Alamat : No . 42 Jalan SS3/31, Taman Universiti, Petaling Jaya
Hari & Waktu Operasi : 10.00pagi – 3.00petang & 5.30petang – 10.30malam (Isnin hingga Ahad)
10. Restoran Dapur Sarawak (halal)
Menu utama di Dapur Sarawak adalah seperti Mi Kolok, Laksa Sarawak, Nasi Aruk Dabai, Mi Jawa, Bihun Belacan, Nasi Manok Panggang dan lain-lain.
Alamat :
- Cawangan KL : No.19 Jln Sarikei Off Jln Pahang, KL
- Cawangan Shah Alam : Shah Alam Seksyen 7, Kuala Lumpur
Hari & Waktu Operasi :
- Cawangan KL : 10.00pagi – 10.30malam (Isnin – Ahad)
- Cawangan Shah Alam : 12.00tengah hari – 12.00 tengah malam (Isnin – Ahad, kecuali hari Jumaat cuti)
11. 101 Sabah Pork Noodle (non-halal)
Menu utama ditawarkan kafe ini yang menjadikan tumpuan adalah Sang Nyuk Mian atau Sabah Pork Noodle.
Alamat: Jalan 34/154, Taman Dahlia, Cheras, Kuala Lumpur
Hari & Waktu Operasi:
- 9.00pagi – 9.00malam (Isnin – Khamis)
- 9.00pagi – 5.00petang (Sabtu & Ahad)
12. Mom’s Cafe (halal)
Kafe yang dimiliki Sabahan ini menawarkan beberapa jenis menu Sabah seperti Sup Kepala Ikan, Mee Rojak Daging Sabah dan soto gaya Sabah.
Alamat: No. 8 Jalan USJ 11/3J, USJ 11, Subang Jaya
Hari & Waktu Operasi:
- 10.00pagi – 8.00malam (Selasa – Jumaat)
- 10.00pagi – 6.00petang (Sabtu & Ahad)
13. DP Ice Cream
DP Ice Cream Gula Apong telah membuka cawangan pertama mereka di Semenanjung yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Ia menjual aiskrim Gula Apong iaitu manisan aiskrim yang sangat popular di Sarawak.
Alamat : 54B-4, Jln Daud Kampung Baru, Kuala Lumpur (berhadapan dengan kawasan parkir Hospital Al-Islam)
Hari & Waktu Operasi : 12.00 tengah hari – 12.00 tengah malam (Isnin hingga Ahad)
14. Rumah Asap Borneo Cheras KL (non-halal)
Rumah Asap Borneo Cheras KL menawarkan pelbagai hidangan Borneo seperti laksa Sarawak, mee kolok, pansuh, mee goreng basah, sup salai dan lain-lain.
Alamat : 9G, Jalan Orkid 9, Taman Orkid, Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur
Hari & Waktu Operasi : **sedang dalam proses penjenamaan semula & diubahsuai”
15. Pinjan Sarawak (halal)
Antara hidangan yang ada di Pinjan Sarawak adalah mee kolok, laksa sarawak, mee jawa, nasi ayam hainan, sup tulang, roti bakar dan kek lapis.
Alamat : Food Court No. 1, Tingkat 2, kompleks PKNS Bandar Baru Bangi, Selangor
Hari & Waktu Operasi : 10.00pagi hingga 8.00malam (Isnin hingga Ahad)
16. Warung Tribago Borneo (halal)
Warung Tribago Borneo menyajikan mee basah dengan rasa asli seperti berada di Borneo.
Selain mee basah, antara masakan Sabah yang lain boleh didapati di Warung Tribago Borneo ini adalah seperti mee tauhu, nasi kuning, mee hoon soto, mee ayam, kuew tiew basah, watan ho dan nasi goreng Sabah.
Alamat : G-90A, Alpha Arena Apartment, Lingkaran Putra Perdana, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.
Hari & Waktu Operasi : 7.00pagi – 5.00petang (tiap hari, kecuali Rabu)
Selain gerai dan restoran, terdapat juga food truck yang diusahakan oleh anak-anak Borneo yang menjual masakan tradisi kita.
17. Muzzy Food Truck (halal)
yang dimiliki oleh anak Sarawak iaitu Mohammad Namazi Salleh telahpun beroperasi secara rasmi pada 1 November, tahun 2015.
Muzzy Food Truck akan beroperasi setiap hari Selasa hingga hari Ahad (6pm hingga 12 tengah malam), di lokasi seperti berikut
- Tapak Urban Street Dining di Jalan Ampang
- IPC Damansara
- Dataran Wangsa Melawati
- BK 5 Kinrara Puchong
18. Flying Tomato Food Truck (pork free)
Flying Tomato Food Truck yang diusahakan oleh Linda dan Marilyn, dua adik-beradik dari Limbang, Sarawak beroperasi secara rasmi pada 25 Disember 2016 yang lalu.
Antara menu utama yang boleh didapati di foodtruck ini adalah mee kolok, laksa Sarawak dan Mee Sua.
Beroperasi di sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur.
19. Secubits Food Truck (halal)
Secubits Food Truck yang diusahakan oleh 3 anak Sarawak dari Kuching ini beroperasi secara rasmi 15 December 2016 yang lepas.
Antara menu utama yang ditawarkan oleh Secubits Food Truck adalah seperti laksa Sarawak, mee kolok, mee jawa special ayam, mee jawa biasa, sadin roll, roti bakar, nasi ayam dan meggi kari sup.
Alamat : 7, Jalan Stesen Sentral 5, berdekatan dengan Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) KL Sentral.
Hari & Waktu Operasi : 9.00am – 5.00pm (Isnin hingga Jumaat)