Henry Ewan Golding atau Henry Golding, jejaka kacukan Iban-Inggeris akan tampil dalam dokumentari TV iaitu Surviving Borneo.
Dalam dokumentari TV yang merangkumi 6 siri ini, Henry, anak Iban kelahiran Betong membawa darah Iban melalui ibunya akan pergi ke tanah yang tidak dikenali dalam usaha untuk mencabar dirinya untuk memperoleh pengetahuan baru, kemahiran dan pelajaran kehidupan berharga dari suku Borneo, mengenai apa yang diperlukan untuk melindungi, menyediakan dan bertahan dalam abad ke-21.
Dokumentari TV ini akan menampilkan Henry memulakan misi peribadinya untuk menjejaki asal usul sukunya.
Henry Golding goes back to his roots in this epic journey to earn his rite of passage and be part of the Iban tribe. Don’t miss the action in SURVIVING BORNEO, premiering on 10 September, 9PM(SEA/MY) and 8PM(BKK/JKT) on Discovery Channel. #DiscoverySEA #SurvivingBorneo #HenryGolding
Posted by Discovery Channel Southeast Asia on 31hb Ogos 2017
Perjalanan Henry ini membawa beliau pulang semula ke tahah airnya sendiri di Betong, Sarawak.
Di episod pertama, ia mengisahkan Henry bersama bapa saudaranya iaitu Apa Tuai, menghabiskan 3 hari di hutan bagi mempersiapkan Henry untuk perjalanan dan misi seterusnya.
Pada episod-episod berikutnya, Henry meneruskan perjalanan beliau ke Bario, tanah tinggi yang menjadi penempatan komuniti Kelabit.
Di Bario, Henry diraihkan dengan upacara yang mengalu-alukan kedatangan beliau ke penempatan suku Kelabit dan untuk menandakan peristiwa itu, beliau juga diberi nama tradisional yang dipilih oleh ketua suku – Gerawat.
Di situ beliau berkenalan dengan Johnson yang berasal dari suku Kelabit.
Beliau kemudiannya ditemani oleh Johnson yang bersetuju membantunya menjejaki kaum Penan untuk menerokai nomad hidup kaum berkenaan.
Episod pertama siri dokumentari TV “Surviving Borneo” akan dapat ditonton pada 10 September 2017 ini, 9.00malam di Discovery Channel (Astro CH 551).